6
adorable people

Wednesday, July 29, 2009

Mata Berkaca

Pg yg hujan ini...

mata ku b'kaca melihat mata sayu ankku setelah meninggalkannya di day care.
ankku xb'gnjak dr pintu rumah itu, dgn mata sayu yg merenung jauh...
2-3 kali kami lalu di hadapan rumah itu, dia masih di situ...dgn wajah sayu & hiba...
mungkin xmahu b'ada di situ...krn waktu bersama yg singkat...
I wish I could always be by your side, my dear children...
I wish I could...

sampai bila begini???...

- THE END -


"The Best is yet to be"

8
adorable people

Thursday, July 23, 2009

Monolog Seorang Insan yg X Makan Nasi

Ari nih dh 2 ari aku xmkn nasik...huhuhuuuu...(br 2 ari Okay...dh riuh kt sni...)
tp bkn laa langsung xmkn bnde lain. ade laa aku mkn mknn lain, cuma xmkn nasik...
knape xmkn nasik???
huhuhuuuu...kegemukan melanda. berat bdn dh naik...itu psl laa...
takut laa gemuk...nnt susah nk kurus. pstu kene blanja byk beli produk kuruskn bdn, xpn kene kua duit utk program2 pelangsingn bdn...
itu blom dihidapi penyakit2 lg tuh...
w/pn En.Noor Fadzli kate bdn aku OK aje...mungkin dia nk jge ati aku...(jge ati yg bleh m'binasakn tuh)
knape bdn aku bagai dipam2 slps melahirkn ank ke-2?
mungkinkah sbb pil itu???...mungkin...
knape xb'senam? kekangn mase nk b'senam kt lua @ b'jogging (alasan sungguh!). tp bleh jogging setempt kt dlm umh kn...lari2 ank ngn ank2...
keje umh pn byk, tu bleh dijdkn excercise jgk tuh...
sblm Iman pndai ejek aku "raksasa b'lemak" baik aku kuruskn bdn...
ape yg pnting, kurangkn mkn...kurangkn nasik...b'azam dr skrg. monitor berat bdn...
chaiyokk eda...chaiyokk...buang segala nightmare mu itu...

-THE END-

"The Best is yet to be"
3
adorable people

Friday, July 17, 2009

Mengapa Mereka???...Allah, bantulah kami perangi mereka...

Hari ini, Jumaat yg mulia, aku nk sedekahkn Al-Fatihah kpd seorg mujahidah di zaman kita iaitu Allahyarhamah Marwa Al-Sharbini…Al-Fatihah…Harum mewangi lah pusaramu Marwa, seharum wangi kasturi syurgawi…

Lmbtnye aku dpt info ni, berita ni, cerita yg sarat dgn kesedihan ni, yg m’bkr semangat kita umat Islam…seharusnya m’bkr semangat. Jika tidak, periksa iman korang…Ade disiarkn ke kt berita TV kite? Kalo ade, dh tntu aku dh t'lps. Sbb aku skrg bosan dgn cerita2 politician negara kite yg asyik b'telagah hari2, mengata sesama Islam. Politik yg memecah-belahkn ummah, pd pndangan aku. Hari2 disiarkn diberita, ttg ke'poyo'an mereka. Itu yg menyebabkn berita di TV bkn lg prioriti aku & family.

1 Julai yg lalu, sorg muslimah b’asal dr mesir yg menetap di Jerman tlh syahid ditikam oleh jirannya. Marwa Al-Sharbini yg b’usia 31 thn pd ketika itu sedang 4 bln mengandung tlh ditikam sebyk 18 kali oleh Alex W, lelaki Jerman b’keturunan Rusia yg sgt2 anti-Islam. Kejadian menyayat hati ini berlaku semasa Marwa m’beri keterangan tentang kesnya, kes yg m’heret Alex ke mahkamah krn menuduh beliau sbg 'terrorist' hanya kerana beliau memakai Jilbab. Malah Marwa m’dakwa pnh diserang Alex yg b’kali2 cuba menanggalkn Jilbabnya. Dan Marwa akhirnya syahid dlm m’pertahankn auratnya…

Suami Marwa juga tlh ditikam sebyk 3 kali dlm usaha menyelamatkn isterinya, dan kejadian ini b’akhir apabila suami Marwa tlh ditembak oleh security guard di situ. Mereka m’dakwa, security guard itu tlh t’lepas sasaran, maka tembakn nya mengenai suami Marwa. Yg paling menyedihkn, kejadian ini b’laku di depan mata ank lelaki Marwa yg b’usia 3 thn.

Bayangkn bagaimana lelaki itu sempat menikam Marwa sebyk 18 kali. Berape mase diambil utk melakukn 18 tikaman??? Xmungkin hya dlm 5-10 saat kn? Xpasti??? (Byk2 tgk CSI. Kalo CSI byk tipu, maka kite t’tipulaa…) 18 kali dlm keadaan sebegitu, tak ke ia mengambil masa. Tidakkah mereka yg lain yg b’ada di dlm bilik p’bicaraan itu sepatutnya m’buat sesuatu utk m’halang. Sehingga 18 kali kesempatan itu diberikan kpd Alex. Satu2nya org yg cuba m’halang adalah suaminya, ttpi malangnya dia ditembak pula oleh security guard. Malangnya nasib mereka. Tp insyaAllah b’untung mereka di sana.

Kejadian ini tlh ditutup oleh kerajaan Jerman utk disebarkn. Sape yg mmpu m’halang penyebaran berita di zaman cyber nih??? Nobody…spt wabak H1N1, cpt berita ni t’sebar…

Kejamnya mereka!!…apakah salah Marwa yg hya cuba menurut perintah agama? Adakah Jilbabnya m’ganggu ketenteraman sesiapa? Salahkah Marwa yg b’usaha m’jd wanita Islam yg sebnr2nya? Bknkah Alex keparat itu yg wajar digelarkn ‘terrorist’??? apa pula hukuman t’hadap Alex? Adakah dia kini m’jlni hukuman yg setimpal? Wallahu’alam…semoga Marwa ditempatkn di kalangan org2 mukmin dan para solihin…semoga hidup suaminya dan anknya dilimpahi rahmah dan rahim Allah…


“Marilah generasiku, b’jihad ke jln Allah. Bkn menyeru utk b’juang di medan perang. Cuma…p’thnkn ketinggian maruah mu, p’thnkn agama mu, p’thnkn aqidah mu…perangi kafir laknatullah…”

-THE END-

"The Best is yet to be"
2
adorable people

Wednesday, July 15, 2009

Happy Birthday Abah

Kt sni, nk publish ucapan Happy Birthday kt abah t'sayang, En. Idris @ Harun bin Ismail...yg ke 60 thn. smoga pjg umo (diisi dgn amalan2), sihat selalu & hidup sejahtera di dunia & akhirat...

Terima Kasih kerana m'jd abahku...

-THE END-

"The Best is yet to be"
6
adorable people

Friday, July 10, 2009

Hanya Gamba, I Like This!!!

td je br bace blog Kak Long. entry dia yg latest ni tlh m'p'kenalkn aku pd botol susu yg canggih lg cute ni. oleh krn aku ske, aku post kn kt sni gmba2 botol susu ni...



for more info, read this.
to buy online, click here.


-THE END-

"The Best is yet to be"
Posted by Picasa
6
adorable people

Wednesday, July 08, 2009

Aku diTAG Kak Long

Tgh lipat kain td, smbil tgk upacara m'peringati MJ kt 8TV. ingtkn upacara p'kebumian dia, tp rupenye diorg ni asyik nyanyi je lps bg ucapan. nk sgt tgk camne dia dikebumikn, maklumlaa status agama dh b'tukar. nk laa tau camne mereka uruskn jenazah MJ ni. tetiba t'ingt keje yg blom settle. tugasan TAG yg k.long bg...OK, nk jwb skrg...


TENTANG ANAK-ANAK

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan girl or boy?
2 org, sepasang.

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
Insya-Allah bila dh puas ati rehat & Aisyah ngn Iman dh bsr skit. maklumlaa diorg agak rapat jarak umo nye.

3. Nyatakan nama anak anda & apa makna nama anak anda dalam Islam?
Muhammad Faris Iman;
Muhammad = Yg terpuji
Faris = Yg Alim, pahlawan yg menunggang kuda
Iman = Iman, b'iman

Aisyah Humaira;
Aisyah = sempena nama Saidatina Aisyah RA, juga b'maksud Yg bahagia hidupnya
Humaira = Yg b'pipi kemerah2an (iaitu gelaran manja Rasulullah kpd isterinya Aisyah)

4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
Saya, tp dgn p'setujuan b'sama

5. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?
kalo ank lelaki msti b'mula dgn nama Muhammad @ Ahmad, sesiapa dgn nama ini akn didahulukn drp nama2 yg lain di sana nnt (itu yg pnh saya baca/dgr). so, saya pilih Muhammad. Faris, b'mula dgn F spt nama husb. Iman, b'mula dgn I spt nama saya. Aisyah Humaira xikut patern ni, sbb saya b'kenan sgt nama ni sewaktu mengandungkn dia.

6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
Kalo lelaki ikut patern name Iman laa. kalo perempuan maybe akn letak nama wanita2 t'ulung dlm sejarah agama kita.

7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang... nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
Beza cuma setahun 7 bulan. rapatkn?...hehheee...mmg xrancang & xmerancang, rezeki Allah, kami terima dgn penuh syukur. Iman standard 2 nnt Aisyah msuk standard 1. heheheee...

8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang.... anda nak girl @ boy? nyatakan sebabnya?
mane2 pn boleh. sbb dua2 pn dh ade. tp rasenye nk lbihkn bil ank pmpuan kot, ramai2 tolong ummi msk kt dapo nnt...

9. Ape ciri2 persamaan anda & anak anda?
Ikutkn diorg ni byk ikut ayahnye laa...sume kate ikut muka husb. tp Iman yg aku perasan, bntuk telinga sama ngn aku. Aisyah plak blom jmpe lg kesamaan fizikal, tp 1 p'kara yg mmg same laa...sembelit...hahhaaaa...dua2 pn sembelit. nk2 si aisyah...huhuhuuuuu...itu yg dip'turunkn rupenye...sabo je laa...

10. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.


pasni aku nk tag

  1. ita
  2. faizah
  3. kak lang
  4. kak ngah
  5. connie
  6. mar
  7. Gyra
  8. dan kpd sesape yg blom wat & rajin nk wat, silakan...
-THE END-

"The Best is yet to be"
0
adorable people

Tuesday, July 07, 2009

Tazkirah Dalam Arabic

dh lame xblaja bahasa Arab

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1-وجه جميل
wajah yang cantik

2- فلوس بالملاين
duit yang banyak

3- صحة قوية
kesihatan yang baik

4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
tidur yang nenyak tanpa ganguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
kata nabi saw

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat

Sumber: emel drp sahabat

-THE END-

"The Best is yet to be"
0
adorable people

Iblis Datang Menganggu Manusia Ketika Saat Kematian

Pnh dgr org kate, kalo 3 hari hati xt'isi dgn tazkirah & yg sewaktu dgnnya, lama2 hati akn m'jd hitam & lama2 hati akn mati...so, marilahhh...

Iblis Datang Menganggu Manusia Ketika Saat Kematian
Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu merayu Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya..

Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak ulamak yang membawa banyak kitab kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu."
Berkata ulamak Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami."
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.."
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. . Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
"Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."

Sumber: emel drp sahabat

-THE END-


"The Best is yet to be"
3
adorable people

Friday, July 03, 2009

Adakah Ia Sifat Semulajadi?

Satu sifat diri aku yg aku br discover/notice last week ialah, aku sbnrnye xsuke pegang baby a.k.a bdk kecik even ank aku sndiri. Aku mmg suke sgt bdk kecik & main2 ngn diorg, tp xsuke nk pegang2 & dukung2…Allah tu Maha Mengetahui, sbb sifat aku yg mcm ni lah Allah kurniakn aku ank yg xsuke sgt main2 sambil baring @ meniarap. Kalo baring @ meniarap pn skejap je. Pastu dia akn merengek mntak diangkat. I’m talking about Aisyah, Iman got no prob with this…Iman OK je dlm ape jua keadaan & kondisi…maka aku m’alami kesukaran laa dgn Aisyah sejak umo 2 bln lbh smpai umo 5 bln lbh, iaitu sehingga mase dia dh boleh didudukkn dlm walker…so, skrg Alhamdulillah, everything much better…Aisyah dh blaja main sndiri dlm walker & m’jelajah ke mana saje dia suke dlm umah kami. Tp skrg, full monitoring amat2 laa perlu dilakukan…

Sejak bile aku notice akn sifat aku ni? Sejak last weekend, bile ktorg g umah adik ipar aku a.k.a adik husb aku. Sesmpai je ktorg kt sane, Nisa, biras aku terus amik Aisyah & didukungnye. Ank dia sndiri dibiarkn. Pastu berebut plak ngn mak dia. Mak dia siap pakaikn kain batik utk gendong Aisyah, ala2 baby sling pouch tu. Tp aku, just tgk je Auni, ank buah husb aku tu. Tanpa ade perasaan nk pegang2 @ dukung2 dia. Aku just cuit2 pipi dia, panggil name dia, main2 ngn dia, tu je…lps tu aku flash back aku pya memory time aku ngn ank2 buah aku…mmg jrg sgt aku nk dukung2 diorg. Just main2, nyanyi2 nursing rhyme song…tu je. Huhuhuuuu…patut laa Aisyah xselesa tido dlm pelukn aku(dukung smbil dodoi). Rupenye sbb aku xpndai dukung bdk kecik dek sbb sifat aku ni...huhuhuuuu...sian laa aisyah sbb ummi dia mcm ni.

Lain plak ngn kakak aku k.ngah. dia mmg suke sgt pegang bdk kecik. dia pndai tidokn baby, suap mkn sbb tgn dia mmg tgn yg b'bakat jd pengasuh bdk2...hahahaaa...bkk nursery je laa k.ngah...


-THE END-

"The Best is yet to be"

Loves around

Loves around
 

Copyright © 2010 SHINE bright like a DIAMOND | Blogger Templates by Splashy Templates | Free PSD Design by Amuki