1 adorable people

Saturday, May 29, 2010

Kepulangan

Yang telah pergi tak mungkin akan kembali lagi, yang tinggal hanya rindu yang sarat terbuku di hati

Aku baru je tiba dari kampung halaman aku. 25hb yang lepas kami bergegas pulang ke rumah arwah atuk sebelah abah yang kami panggil To'ki di Kg. Banggol, Setiu. To'ki telah pergi menemui penciptaNya pada lebih kurang pukul 1 pagi hari yang sama. Al-Fatihah kepada Allahyarham Ismail bin Daud.

Jika hujung tahun lepas kami telah kehilangan ayoh yang sangat kami sayangi, kali ini To'ki pulak yang pergi. Kami sudah ketiadaan datuk lagi. Yang masih tinggal cuma nenek dan nenek tiri saja. Nenek sebelah abah lebih awal pergi menghadap Ilahi semasa aku masih di primary school lagi. Walaupun kami tak begitu rapat dengan to'ki, tidak sebagaimana rapatnya kami dengan arwah ayoh, tapi terkesan juga di hati aku akan kehilangannya sebab aku dah tak punyai datuk lagi.  Begitu jauh bezanya perasaan waktu tiba di rumah to'ki tempoh hari dengan saat mula menerima berita pemergian ayoh. Rasa bersalah dalam hati kerana tidak sempat mengenali dan menyayangi to'ki sedalam kasih sayang pada ayoh. Mungkin kerana aku membesar di depan mata ayoh. Pernah sebumbung dengan ayoh, banyak terhutang jasa ayoh(sememangnya tidak terhingga...), pernah bergurau senda dengan ayoh dan banyak lagi.

Pun begitu arwah to'ki tetap turut berada di hati kami, sebagai datuk yang kami kasihi dan hormati selamanya. Adakah kami akan terus ke Kg. banggol selepas ini?

Cerita tambahan:
2 hari selepas to'ki pergi, abang long aku pulak ditimpa kemalangan jalan raya. Handle motorsikalnya telah dilanggar oleh kereta yang hendak memotong(memtong tak buat kira-kira). Motor abang long hilang kawalan dan abang long tercampak ke lane bertentangan. Mujur kereta arah bertentangan sempat menekan brek. Abang long cuma retak tulang tumit dan patah tulang jari kaki, luka amat besar di lengan akibat bergeser dengan jalan dan luka-luka lain yang cukup menyakitkan. Ingatnya nak snap photo abang long, tapi takut kene marah kang, sebab abang long aku agak garang...hikhik...aku bersyukur sangat abang long cuma cedera biasa dan berharap abang long selalu sabar dengan dugaan Allah. Banyak sungguh Allah menguji dia dan familynya. Semoga abang long cepat sembuh...


-THE END-
"The Best is yet to be"
4
adorable people

Tuesday, May 25, 2010

Birthday Picnic

Birthday picnic ke picnic birthday??
Kami celebrate birthday iman ngn che e(kakakku) kt Sg Kalumpang sabtu baru ni, dekat dengan Kuala Kubu Baru sane. Jauh jugak tu. Pegi naik Livina, Kak E naik land rover...ummi abah ikut skali, Kak Lang, Wawa, Ude, Abg Chik, Ijat & Kak Ngah Cda. Yang xjoin cuma Kak Ngah aku. Tak dapat nak menyakat budak kepoh, si Aizara. Enjoy photos je lah ye...ngantuk dah...


Cupppies Iman...suke sgt dia dpt cuppies ni, 3 biji habis sekali makan...memang menghargai pemberian ummi ayah...


sengeh lebar masa baru dapat cuppy, cuppy yang dia pilih sendiri


sebahagian drp wajah-wajah kami masa kat sana

-THE END-
"The Best is yet to be"
4
adorable people

Thursday, May 20, 2010

Dia dah mintak maaf

"Ampun kan patik penunggu gua..."(baca dgn suara yg halus & sedikit nyaring...petikan dialog Nujum Pak Belalang)

En.Google dah pon mintak maaf...semalam baru aku dapat tau. itupon drp ibu afiqun yg lebih perihatin drp tuan punya blog sendiri...hikhik...tq ibu afiqun...so, blog lame aku(yg korang tgh open skrg ni) beroperasi seperti biasa. Maaf atas kekeliruan yg dialami(tuan blog pon keliru ngan blog baru)...


-THE END-
"The Best is yet to be"
Posted by Picasa
7
adorable people

Tuesday, May 18, 2010

Bacalah Anakku

ehem...ehem...iman dah beli dah...

Sebab tak nak iman ketinggalan, aku pon ajak ayah iman g SACC Mall sabtu lps. Kami g MPH kt sane(gara-gara terpengaruh ngan cite k.long, pengaruh baik tak pe nak ikut). Kami gi cari 1 set buku Bacalah Anakku. Yeay, iman dah ada buku mengeja!..Only the next day i have time to open the CD:guide for parent to teach their children.

So, malam tadi baru start ajar iman, mase yang sesuai iaitu mase adik aisyah sudah lena beradu. tu pon sekejap aje, takut iman started to get bored. tapi nampak iman macam suka. mesti uols akan kate, ajar laa aisyah skali, sebab proses pembelajaran boleh bermula di awal usia kan, tak boleh laa bagi aisyah. nanti dia akan distracted iman, akan juga menggunakan kuasa mengamuk dia untuk sepah2kan buku bile ummi tak nak bagi dia. itulah cabaran pertama nak ajar iman. nak kene cari mase yang sesuai. so, ummi kene tunggu aisyah dah pandai behave, baru ummi akan ajar aisyah. bolehkan aisyah...

tadi mase ajar iman, iman boleh ikut ummi satu demi satu. bermula dengan pelajaran bunyi vokal a, i, u. aku cuba tambahkan lagi words lain yang bermula dengan vokal2 tu, a - ayah, i - iman, u - ummi...elok plak...bile masuk je 2nd round, i - itik dah jadi chicken(gamba dia same ke?), i - ikan dah jadi dolphin(tak de rupa dolphin pon, memang rupa ikan biase je), u - ular dah jadi snake...uhhuuu...itulah cabaran kedua nak ajar iman. lepas tu iman mula cakap macam ni "iman dah penat ni..." padahal baru 2-3 kali ulang. iman, iman...tak ape laa, ummi tak nak paksa. esok boleh belajar lagi.

Ya Allah jadikan lah anak2ku insan2 yang amat mencintai ilmu...Ummi nak anak2 ummi jadi insan2 yang bijak pandai, sentiasa ada passion untuk belajar...jadi jauh lebih baik daripada ummi...


- THE END -
"The best is yet to be"
Posted by Picasa
8
adorable people

Saturday, May 15, 2010

Menangani Karenah Anak


Nakal ke anak2 aku???

Lately aku agak stress dgn pe'el Aisyah Humaira yg byk menangis, mengamuk tanpa diketahui puncanya. Kadang2 hanya kerana perkara kecik pon bleh membawa kpd tangisan yg berpanjangan. Semalam tidur kami t'ganggu dgn pekikan tangisan aisyah. Memang membingitkan dah menyirapkan darah aku. Pe'el aku pulak, aku xboleh dengar suara anak2 yg melampau2 tangisnya, mendatagkan perasaan satu macam dalam dada. Ditambah pulak dengan mengantuk dan keletihan dr siang hari. Aku tak tahu apa cara lg untuk hilangkan pe'el aisyah ni, at least dapat kurangkan pon aku bersyukur yg teramat. Sememangnya dr kecik lagi aisyah memang suka menangis. Selama itulah aku bertahan dgn pe'elnya. Bila hilang sabar, aku pukul jugak si aisyah ni sebab aku memang seorang yg agak baran bila tahap kesabaran dah memuncak. Selalu kalau ada masalah begini dalam keluarga, kami akan mintak arwah ayoh(atuk aku) untuk ubatkan(bacakan sesuatu pada anak) @ kalau teruk buatkan solat hajat. Tapi bila ayoh dah tak ada aku lagi jadi bertambah sedih sebab tak tahu nak mintak tolong daripada siapa. Ummi dan abah aku hanya mampu memujuk2 aisyah je. Tadi setelah agak puas m'google topik permasalahan ni akhirnya aku jumpa satu article, yang sedikit menyejukkan hatiku. Ada beberapa perkara yg aku perlu cuba ubah dan amalkan supaya aisyah berubah. Boleh baca kat bawah...


ANAK NAKAL UJIAN ALLAH SWT..
PUNCANYA kecil saja, tetapi amuk si kecil berlarutan apabila permintaannya tidak ditunaikan. Selepas puas menangis, meronta dan menjerit, si kecil mula membaling barang yang ada di sekelilingnya.

Pujukan si ibu tidak diendahkan. Geram ‘tunjuk perasaannya’ tidak dipedulikan oleh ibu, si kecil kemudian menggigit dan menarik rambut ibunya berulang kali. Hilang sabar dengan kerenah anak, akhirnya si ibu memukul si comel.

Situasi itu mungkin pernah dialami kebanyakan ibu atau bapa. Anak kecil membuat kerenah dan ‘tidak makan pujuk’, misalnya mahukan perhiasan kaca atau benda tajam sebagai permainan, mengamuk kerana perkara remeh seperti marah dengan usikan si abang, kemahuan untuk membeli mainan mahal tidak dipenuhi atau tidak mahu makanan yang terhidang tetapi minta makanan yang tiada.

Berdepan anak yang banyak kerenah kadangkala membuatkan ibu bapa kurang sabar.

Apapun, kerenah anak adalah ujian Allah. Ia menguji kesabaran dan keimanan manusia kepada Allah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 28 bermaksud: ”Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak kamu adalah cubaan hidup dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar.”

Panel pendakwah dan pendidik, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata Allah sengaja menguji keimanan kita untuk melihat sama ada kita semakin bersyukur apabila dikurniakan zuriat atau semakin jauh daripada-Nya.

Segala ujian itu tidak terlepas daripada dua perkara, iaitu sebagai penghapus dosa atau peningkatan darjat.

“Apapun sebab kita diuji dengan kerenah anak, Allah bukan bertujuan menyeksa kehidupan kita, tetapi ini tanda kasih sayang-Nya. Sebelum ibu bapa memilih kaedah paling sesuai mendidik atau mengajar anak, mereka perlu pastikan tiga perkara iaitu mengenal pasti jenis kenakalannya, tahap nakal serta membezakan kesilapan dan kesalahan anak.

“Ibu bapa perlu faham jenis atau kategori kenakalan anak kerana pemahaman perkara ini penting supaya mereka dapat menangani masalah anak dengan betul dan berkesan.

“Selain itu, tahap kenakalan anak berbeza mengikut peringkat umur, jantina, kecerdasan akal fikiran, pengaruh rakan dan persekitaran, didikan, suasana keluarga dan taraf ekonomi sesebuah keluarga. Yang pasti, kenakalan anak yang usianya lebih besar adalah lebih serius berbanding anak kecil.

“Anak tidak sepatutnya dihukum kerana melakukan kesilapan, tetapi memadai dengan dinasihati supaya dia lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Contoh kesilapan ialah anak tidak sengaja memecahkan tingkap ketika bermain bola, manakala kesalahan pula adalah perbuatan yang tidak betul dan disengajakan. Ia terbahagi dua iaitu kesalahan besar dan kecil,” katanya.

Wan Akashah berkata, kesalahan besar ialah yang jelas melanggar syariat atau undang-undang dan boleh mendatangkan mudarat kepada dirinya dan orang lain. Contohnya anak sengaja bercakap bohong, tidak solat atau memukul rakan.

Kesalahan kecil pula biasanya tidak jelas melanggar syariat dan tidak membahayakan, tetapi mungkin melanggar peraturan manusia. Contohnya suka menconteng dinding atau tidak mahu buat kerja sekolah.

Sebagai manusia biasa, ada kalanya kerenah anak membuatkan ibu bapa hilang sabar. Selain asuhan baik, doa adalah kaedah penting yang mesti diamalkan ibu bapa dalam mendidik anak.
“Ada doa di dalam al-Quran untuk melembutkan hati anak supaya dengar cakap dan mudah mengerjakan solat. Antara doa yang perlu diamalkan ialah surah Toha ayat 1-5, surah al-Syura ayat 19 dan surah al-Hasyri ayat 21. Doa ini boleh diamalkan dengan meniup pada ubun rambut anak atau ditiup ke dalam air,” katanya.
Menurutnya, antara pendekatan lain yang boleh diambil dalam menangani kerenah anak ialah:

- Bersikap adil dalam semua perkara.
- Konsisten dalam tindakan menangani masalah.
- Jalin hubungan baik dengan anak.
- Jadikan diri sendiri sebagai contoh.
- Berlembut walaupun tegas.
- Tunjukkan kemesraan dan kasih sayang.
- Tunjukkan penghargaan pada anak.
- Jangan bezakan kasih sayang terhadapnya.
- Sesuaikan tindakan dengan watak.
- Kurangkan pengaruh negatif.
- Tunjukkan minat mendalam dalam menangani masalahnya.
- Beri peluang untuk anak meluahkan perasaannya.
- Adakan usrah keluarga.
- Jangan mengungkit kelemahannya.
- Dapatkan kerjasama keluarga.

Bagi masalah anak yang banyak menangis dan memberontak apabila kehendaknya tidak dipenuhi, ibu bapa perlu mengajar serta melatih anak menahan emosi. Ibu bapa perlu cipta suasana yang dapat menjauhkan anak daripada emosional seperti menangis.

Amaran atau gertakan seperti jika menangis lagi, permintaannya tidak dipenuhi boleh dikatakan kepada anak terbabit. Misalnya: “Jangan menangis lagi. Kalau menangis lagi, ibu tak mahu penuhi permintaan Haikal.”

Menurutnya, apabila berdepan kerenah anak nakal, antara kebiasaan ibu bapa ialah memukulnya sama ada menggunakan rotan, tangan atau tali pinggang sebagai hukuman.

“Tidak dinafikan cara itu sangat memberi kesan terhadap anak. Apapun, perlu diingat, memukul anak lebih banyak memberi kesan negatif jika salah caranya. Anak yang besar atau remaja tidak sesuai dihukum cara itu kerana menimbulkan emosi buruk, berdendam, trauma atau membentuk peribadi kasar,” kata Wan Akashah.

Menurutnya, terlalu kerap memukul juga membuatkan anak menjadi lali dan sakit dipukul tidak lagi memberi erti kepadanya. Anak hanya berkelakuan baik sementara di depan ibu bapa kerana tidak mahu dipukul tetapi apabila di luar pengawasan ibu bapa, mereka menjadi lebih liar.

Katanya, memukul anak nakal mesti kena caranya. Pada zaman dulu, rotan digunakan untuk mengajar anak iaitu selepas amaran tidak diendahkan, anak itu dirotan. Selepas dirotan, anak itu dinasihati supaya tak mengulangi kesilapan.

Selalu terfikir, macam mana aisyah bila besar nanti. Aku harap dia dan Iman akan selamanya menyejukkan hati aku. Tapi, walaumacamana pon pe'el aisyah dan iman aku tetap sayang diorg sebab anak2 anugerah Allah yg tak ternilai. Lepas ni kalau aisyah meragam lg, aku mesti ingat ini ujian Allah, untuk tambahkan pahala aku kalau aku bersabar.


- THE END -
"The best is yet to be"
5
adorable people

Friday, May 14, 2010

Happy Birthday Anak

Dah 14 MEI...

Happy birthday ummi nak ucapkan pada ank ummi, Muhammad Faris Iman yg ke-3. Ummi sayang Iman selalu...semoga membesar dengan sihat, jd bijak pandai & anak yg soleh pd ummi ngan ayah kerana itu antara bekalan utk ummi dan ayah di sana. Ummi nak Iman b'jaya di dunia & akhirat...



latest pic yg ade

Cite sikit psl Iman, dua bln lps iman dh stop b'diapers. siang dn mlm. kalo buang air kecik, dh pndai bsuh sndiri. tp ummi still nk monitor iman, tkut basuh xbtol2 bersih. slalu pakai tgn kanan bile nk basuh, sbb iman kn kidal...uhhuuu...tu pn salah 1 sbb knape ummi kene monitor. gosok gigi pn sndiri je, tp index k'bersihan OK la, takat2 nk npiskn taik gigi je. bkn ummi mls nk gosokkn, tp sejak dh bsr skit ni byk bnde iman nk buat sndiri. kalo xbg, iman merengek nk buat sndiri jgk(alangkah indahnye kalo iman merengek2 nk bancuh susu sndiri ngn susu adik aisyah skali...ehheee...) sejak dh petah ni, iman byk ckp. kdg2 tu xtau dr mane dia pndai ckp sesuatu bnde tu, sbb rasenye xpnh ajr. makin active & slalu bile b'gabung ngn aisyah ummi jd loose control. nenek ngn atuk pn pening kpala. tp nk sedapkn ati, "bdk2 active ni, otak diorg sntiasa b'jln..." ye tak???

Tahun ni ayah Iman belikan Iman basikal, dh beli sebulan yg lalu, kt kg(nnt akn snap gmba basikal Iman & upload). tp Iman still lg blom pandai kayuh basikal tu, kaki pn blom dpt cecah sepenuhnya kt pedal.

Mcm thn sudah slalu ummi sibuk prepare goodies utk bg kt kwn2 Iman, tp kali ni Iman dh xduk kt nursery, so xde laa sume tu(jimat duit ummi yg xde gaji ni). Plan ktorg nk celebrate secara outdoor, sambil picnic. Kalo xde aral jd laa kot next week. Thn ni Iman dh pandai request cake b'day. nk yg Ben Sepuloh pya. nk potong cake. tp ummi order cupcakes lah iman, sng nk bhgi2kn nnt. arap2 OK laa bg iman...cupcakes pon bleh potong jgk ape...arap2 cantik laa Kak Lynn buat utk iman. kak lynn ni customer ayah iman jgk tau, aci x nk mntak discount...ehheee...

Dh besar dh anak ummi, ummi makin tua laa iman, makin gemuk jugeee...

- THE END -
"The best is yet to be"
4
adorable people

Thursday, May 13, 2010

Mother's Day

cerite a few days back...

kebetulan my ummi ade kt selangor ni(umah aku & gilir2 umah kakak2) utk lawatan kehormat ke rumah ank2...kami pon wat last minute plan utk celebrate mother's day ni ngn dia(sbb kami pon dh jd ibu). before this mmg xpnh celebrate pon, just gave her a call & a wish. tu je...ni nk share a few photos sekitar majlis...cam majlis besar2 plak...

kecik je ummi...kakak yg interframe...

kek tajaan 'Resepi Rahsia' dan pizza tajaan 'Pondok Pizza'...sedap skali...

ni plak muka aku sblm majlis, buat2 sweet mkn kt Restoran IEMAN's Tom Yam kt TTDI Jaya yg xsedapp langsung!!!

The best part on that day was...kami telah disuap ummi dgn kek itu...dh lame xmkn dgn suapan ummi, mkn nasi ikan gaul kicap pon jd sgt sedap!!!

- THE END -


"The best is yet to be"
1 adorable people

Sedih

Uhhuuu...blog lame dh hilang...

Aku dh kehilangan salah satu benda kesayangan aku dlm virtual world nih iaitu blog aku. iye, dah hilang...xcaya, cuba click nih. xde kan. bkn aku yg sendiri delete, xkn...sesekali xkn...mcm mane buleh hilang??? bace nih.

sejak dari 2007 aku b'blogging. w/pon xramai sgt follower, tp mungkin aku dh ade silent reader...mungkinkah??? tp skrg aku dh jd freshie...kene start blk, cr blk p'baca2 ku yg setia. aku xkisah psl tuh, yg penting aku dpt connect ngn blog mmber2...

so, la ni aku cuba hasilkan blog yg hampir same dgn yg telah 'pergi' itu. cuba, cuba OK. tp content dh kurang, bkn kurang mmg dh xde. aku cuba ingat blk & search blog kwn2 yg aku slalu visit, jgk blog2 lain yg aku rajin duk mengadap. pastu collect links sume blog tuh, buh kt blog aku. nape google siksa life aku mcm ni??!!! ni je satu tmpt utk aku habiskan mase free aku tanpa m'abaikan family & rumahtangga(anda pasti???), selain Facebooking...tmpt m'curah ilham, tmpt luahan perasaan, tmpt share photos aku jugeee...uhhuuuu...aku sgt sedih dgn kehilangan ini...pulangkan...pulangkan...

- THE END -

"The best is yet to be"
1 adorable people

Wednesday, May 12, 2010

Marah & kuciwa

uuwwwaaaa...aku bkn kecewa ngn a few players badminton Malaysia yg t'sungkur setakat ini...bukan2...

Hi peeps,
uols tau x, i pya google account dh kena block!!! xtau psl ape...ape puncanya. bingung2...lps bingung, marah sgt2...google account tuuu...gmail ngn blogspot.

Jumaat lps, phone line ade problem. secara automatik streamyx pon down. so, xdpt laa nk bkk gmail & godek2 blog mcm biase. 2 ari lps, bile online pakai wireless broadband maxis adik, tergezuuttt...bile xdpt nk follow blog kedai kakak(korang dialu2kn shopping di situ jgk ye)...tetiba dia kate "Account temporarily disabled"...mcm kt bwh ni laa...


ape lg, naik hairan laa aku. rasenya xde laa plak aku wat Term & Condition violation. ade jgk aku email mntak verification code ngn google utk enable kn blk account google ni. tp xde feedback. maybe sbb ramai sgt yg m'hadapi mslh yg same. so, aku masih menanti. dlm pd duk menanti bnde yg xpasti tu, aku jd xsabar. aku create lg account br ngn google. w/pn telah skali google mengecewakan aku(br skali)...psl aku nk blogging!!.

aku rase nk jerit je dpn screen www.google.com..."kembalikan blog ku yg telah wujud sejak 2007 & semua email2 ku....uwwaaaa....!!!!!"

- THE END -

"The best is yet to be"

Loves around

Loves around
 

Copyright © 2010 SHINE bright like a DIAMOND | Blogger Templates by Splashy Templates | Free PSD Design by Amuki