8
adorable people

Saturday, June 26, 2010

Anak Siapakah Ini?

Ntah laa anak sape...
Don't try this at home. Maybe I should classify this entry. And please ignore all the mess you see in the photo... ;)
 tengah cari peluang...

cuba lagi...aku tau anak sape ni, sebab aku saksi kejadian...

pencapaian paling tinggi setakat ini...abang join sekali...ini bukan cobaan, ini btul-btul kejadian...

Ini lah Aisyah Humaira', berusia setahun 6 bulan. Anak aku sendiri. Itu abang dia. Dahsyat bukan? Harap-harap ini lah petanda Aisyah budak yang genius di masa akan datang. Iman pon sama...insyaAllah...

cute je orangnye...

-THE END-
"The Best is yet to be"
4
adorable people

Wednesday, June 23, 2010

I-City

I-City, ramai yang dah pegi. Aku pon selalu ajak en.Noor Fadzli bawak anak-anak gi situ, tp x de kesempatan. Last night pegi jugak bila aku suggest nak bawak anak buah dia, Auni ngan biras aku Nisa yang jarang klua berjalan sebab adik ipar aku(bapak Auni) selalu sibuk keje. Ni pon diorang bermalam kat rumah aku sebab adik ipar tu kene gi amik gambar kat India untuk Bernama.

UOLs pon boleh gi bila free, nak masuk kene bayar parking RM1. Member yang penah pegi sebelum ni bagitau FOC je. Maybe diorang nak buat duit sekarang ni memandangkan makin ramai orang berkunjung ke situ. Tapi RM1 OK laa kan. Boleh tengok macam-macam jenis lampu yang colorful. Anak-anak memang happy sangat!


Camera battery 'kong', pakai camera hset aku je laa...

-THE END-
"The Best is yet to be"
6
adorable people

Monday, June 21, 2010

Pengalaman Pertama Iman & Aisyah Naik Train Komuter

Mak aii...pjgnye judul...hikhik...lame xguna word judul...

Sabtu lepas kami x ada plan nk ke mana-mana pon. Bangun pagi siapkan anak-anak macam biase untuk keluar breakfast. Kami breakfast kat Restoran Sri TTDI Jaya a.k.a restoran merah(tu gelaran yang kami sendiri bagi). Lepas breakfast en.Noor Fadzli tanya nak jalan-jalan kat mana ari ni? aku suggest gi Subang Parade sebab kat situ tempatnya x crowded. On the way ke parking Subang Parade, lalu depan stesen komuter Subang Jaya. Aku pon wat plan nak try bawak Iman ngan Aisyah naik komuter. So the best place to go is Midvalley. Lepas park kereta kat parking lot stesen komuter Subang Jaya, kami pon belilah tiket komuter. Iman nampak macam seronok bila kami bagitau dia yang kita semua akan naik train macam Chugginton. Tapi ari sabtu punya lah ramai orang. Tiket dah pon beli, redah je lah...kalo x sampai bila pon diorg x dapat experience ni...OK...enjoy this photos...

mase tunggu 'Chuggington'...hehehee...

dalam train...ade je orang yang nak ribakan Iman, tp Iman xmau...

transit kt KL Central...

sampai je, terus duduk kat The Warung, minum dulu, hilangkan penat...

baru ada energy nak jalan-jalan...
rasa sangat kecewa dengan warga Malaysia yang masih dengan tabiat tolak-menolak, berebut x tentu pasal masa nak naik komuter. Xbagi laluan pon pada penumpang lain yang nak keluar dari train. Foreigner pulak xsah cerita laa. Duduk kat muka pintu train, xnak langsung masuk ke dalam...menyusahkan orang lain nak masuk train...
En.Noor Fadzli dalam geram kat diorg ni sempat pijak kaki diorang dengan kasut Timberland gedabaknya yang baru dibeli dari London(show off)...hahahaaa...kasi kejam sikit! Tapi dalam pada tu, masih ada yang nak bagi seat pada ibu yang mendukung anak kecik macam aku ni. TQ!...apepon kata en.Noor Fadzli, this also would be the last experience for our kids to have journey on train. Sebab dia dah serik dengan kepadatan penumpang komuter...


 -THE END-
"The Best is yet to be"
8
adorable people

Thursday, June 10, 2010

Asyik kira waktu

Sejak suami saya berangkat, hari-hari saya kira waktu. Masa hari pertama, ke-2 tak ketara sangat. Tapi bila masuk hari ke-3 setiap jam saya kira. Kira masa berlalu. Rasa tak sabar sangat nak jumpa. Selalu bila berjauhan tak laa rasa macam ni sangat, tapi kali ni lain. Mungkin kerana jarak yang terlalu jauh. Setiap kali dia call saya akan tanya hari apa dia akan berangkat pulang walaupun saya sememangnya sudah tahu jawapannya. Kot laa ada anjakan ke-depan. Dia kata hari Khamis petang flight dia. Khamis petang kat sana bersamaan hari Jumaat kat sini. Maybe Sabtu dia sampai. Apapun semoga sampai ke rumah dengan selamat. Kami tunggu...


bila dekat buat-buat tak endah, bila jauh baru merindu
-THE END-
"The Best is yet to be"
0
adorable people

Friday, June 04, 2010

AQ

Tarannum...itulah antara perkara di dunia ini yg aku cintai...mmg suka tersangat. Apsal tetiba nak cite pasal tarannum ni? sebab aku br je menonton Akademi al-Quran 4 tadi sorang diri(en.Noor Fadzli dah berlepas, bercuti).
Akademi yang tak perlukan SMS anda untuk penyingkiran atau menang!
Kagum sangat, kagum sebab ramai peserta yang masih belasan tahun yang pandai bertarannum(Aku jd tersangat malu, sebab lagu bacaan aku sama macam lagu bacaan anak buah aku Haziq, budak darjah 3). Merdu, bacaan penuh burdah-burdah(bunga-bunga lagu) dengan lagu-lagu yang bermacm-macam jenis, mengikut riwayat-riwayat tertentu. Tapi seperti dalam AQ2, aku masih lagi menyokong anak-anak en.Ali yang berasal dari Terengganu. Bukan bersifat kenegerian, tapi sedikit bangga. Ehheehh...macam sama je tu. However adakah peserta-peserta kali ini dapat menandingi Abdullah Fahmi, pemenang AQ1?? (buleh tonton di TiubAwak ni ye http://www.youtube.com/watch?v=3c_EpdYOgr4 & http://www.youtube.com/watch?v=6gZYbwQc9ZU&feature=related)

Ya, melalui rancangan inilah aku baru tahu rupanya ada banyak jenis lagu-lagu dalam mengalunkan ayat suci al-Quran. Seperti hijaz, jiharkah, nahwand, rast...(aku menyebut yang ada dalam kepala aku sekarang). Lagu ini dialunkan pada ayat-ayat al-Quran mengikut jenis ayat contohnya ayat perintah, ayat yang tegas, ayat merayu pada Allah dan sebagainya...

Riwayat-riwayat pula yang aku ketahui daripada rancangan ini seperti riwayat Warsh, Qunbul, Qalun dan lain-lain lagi. Macam mana nak terangkan riwayat-riwayat ni ye? Senang cerita, orang-orang terdahulu membaca al-Quran mengikut loghat-loghat yang dibenarkan oleh Rasulullah(itu dari kefahaman aku sendiri, kalau ada yang lebih arif boleh perbetulkan). Kalau tengok AQ ni mesti kita akan rase pelik dengan bacaan-bacaan mereka apabila diarahkan membaca mengikut riwayat-riwayat yang telah ditentukan. Tetapi melaui AQ lah aku dapat mengetahui serba sedikit mengenai seni tarannum ini.
Aku rasa aku kena ambik kelas tarannum laa, baru tak terpinga-pinga sangat bila tengok AQ nih...
Kalau korang biasa tonton Mari Bertarannum dulu, korang mesti kenal adik Muhammad. Dia pon selalu azan di channel 9, selalu baca Yassin di Astro Oasis. Dia juga antara peserta AQ musim ni. Yang paling aku kagum, budak pompuan berumur 13 tahun pon layak ke AQ4. Memang tak sangka budak tu dapat bertarannum dengan baek skali & suara dia pon matang, tak macam suara aku dulu masa form 1. MasyaAllah. Kalau dari segi gaya, aku suka tengok peserta yang bernama Mohammad Hassan Adli. Bila tengok gaya dia membaca, dalam hati aku mesti bercakap, "macam tu skali gaya dia baca..." bacaan dia pon agak sedap...

Yang mana blom pernah tonton cubalah tonton AQ ni, aku tonton sejak dari AQ1, banyak yang dapat dipelajari. Telinga pon rase sedap je mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran yang dibacakan. Menusuk kalbu. InsyaAllah.
Bagi aku AQ lebih menarik minat aku daripada Imam Muda, last week berebut dengan en.Noor Fadzli, aku pilih AQ, dia nak IM last-last dia yag mengalah. lagi bagus kalau keduanya disiarkan pada hari @ waktu yang tak sama. tak de laa laki bini ni nak berebut channel lagi

-THE END-
"The Best is yet to be"
8
adorable people

Thursday, June 03, 2010

Sedondon

Today is the 4th year...

semasa kedua mempelai masih lagi slim...

-THE END-
"The Best is yet to be"

Loves around

Loves around
 

Copyright © 2010 SHINE bright like a DIAMOND | Blogger Templates by Splashy Templates | Free PSD Design by Amuki