Friday, June 04, 2010

AQ

Tarannum...itulah antara perkara di dunia ini yg aku cintai...mmg suka tersangat. Apsal tetiba nak cite pasal tarannum ni? sebab aku br je menonton Akademi al-Quran 4 tadi sorang diri(en.Noor Fadzli dah berlepas, bercuti).
Akademi yang tak perlukan SMS anda untuk penyingkiran atau menang!
Kagum sangat, kagum sebab ramai peserta yang masih belasan tahun yang pandai bertarannum(Aku jd tersangat malu, sebab lagu bacaan aku sama macam lagu bacaan anak buah aku Haziq, budak darjah 3). Merdu, bacaan penuh burdah-burdah(bunga-bunga lagu) dengan lagu-lagu yang bermacm-macam jenis, mengikut riwayat-riwayat tertentu. Tapi seperti dalam AQ2, aku masih lagi menyokong anak-anak en.Ali yang berasal dari Terengganu. Bukan bersifat kenegerian, tapi sedikit bangga. Ehheehh...macam sama je tu. However adakah peserta-peserta kali ini dapat menandingi Abdullah Fahmi, pemenang AQ1?? (buleh tonton di TiubAwak ni ye http://www.youtube.com/watch?v=3c_EpdYOgr4 & http://www.youtube.com/watch?v=6gZYbwQc9ZU&feature=related)

Ya, melalui rancangan inilah aku baru tahu rupanya ada banyak jenis lagu-lagu dalam mengalunkan ayat suci al-Quran. Seperti hijaz, jiharkah, nahwand, rast...(aku menyebut yang ada dalam kepala aku sekarang). Lagu ini dialunkan pada ayat-ayat al-Quran mengikut jenis ayat contohnya ayat perintah, ayat yang tegas, ayat merayu pada Allah dan sebagainya...

Riwayat-riwayat pula yang aku ketahui daripada rancangan ini seperti riwayat Warsh, Qunbul, Qalun dan lain-lain lagi. Macam mana nak terangkan riwayat-riwayat ni ye? Senang cerita, orang-orang terdahulu membaca al-Quran mengikut loghat-loghat yang dibenarkan oleh Rasulullah(itu dari kefahaman aku sendiri, kalau ada yang lebih arif boleh perbetulkan). Kalau tengok AQ ni mesti kita akan rase pelik dengan bacaan-bacaan mereka apabila diarahkan membaca mengikut riwayat-riwayat yang telah ditentukan. Tetapi melaui AQ lah aku dapat mengetahui serba sedikit mengenai seni tarannum ini.
Aku rasa aku kena ambik kelas tarannum laa, baru tak terpinga-pinga sangat bila tengok AQ nih...
Kalau korang biasa tonton Mari Bertarannum dulu, korang mesti kenal adik Muhammad. Dia pon selalu azan di channel 9, selalu baca Yassin di Astro Oasis. Dia juga antara peserta AQ musim ni. Yang paling aku kagum, budak pompuan berumur 13 tahun pon layak ke AQ4. Memang tak sangka budak tu dapat bertarannum dengan baek skali & suara dia pon matang, tak macam suara aku dulu masa form 1. MasyaAllah. Kalau dari segi gaya, aku suka tengok peserta yang bernama Mohammad Hassan Adli. Bila tengok gaya dia membaca, dalam hati aku mesti bercakap, "macam tu skali gaya dia baca..." bacaan dia pon agak sedap...

Yang mana blom pernah tonton cubalah tonton AQ ni, aku tonton sejak dari AQ1, banyak yang dapat dipelajari. Telinga pon rase sedap je mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran yang dibacakan. Menusuk kalbu. InsyaAllah.
Bagi aku AQ lebih menarik minat aku daripada Imam Muda, last week berebut dengan en.Noor Fadzli, aku pilih AQ, dia nak IM last-last dia yag mengalah. lagi bagus kalau keduanya disiarkan pada hari @ waktu yang tak sama. tak de laa laki bini ni nak berebut channel lagi

-THE END-
"The Best is yet to be"

0 adorable people:

Loves around

Loves around
 

Copyright © 2010 SHINE bright like a DIAMOND | Blogger Templates by Splashy Templates | Free PSD Design by Amuki