Saturday, July 09, 2011

Ibu'-ibu' Buat Ape Hari Ni Bila Terperap Kat Rumah?

Saya sangat lah malas dalam minggu ni...nak buat ape pon rase berat je anggota badan nak digerakkan. Sakit urat lah agaknye penyebabnye...badan jd lemau je...rase macam dah lame tak vacum btol-btol the whole house & kasi mop lantai sume. Cuma bersihkan dapur je, sbb masak kan hari-hari. Yang tu tak dapat lah nak feel malas-malas, kang lapar anak-anak saya...Hari ni pon same, malas yang amat...kemas sikit-sikit je...dah laa tak bleh keluar rumah, boringnye laa...lepas masak tadi asik layan game Angry Bird Rio je...sampai dah b'level-level dah...suami & Iman pon main game tu jugak. Pendek kate glamer lah game angry bird kat rumah saya weekend ni(orang lain dah jemu kot...kite baru nak mula main...)

Saya dengar ramai jugak kawan-kawan join perhimpunan BERSIH...tapi b'himpun kat rumah masing-masing lahh...bersihkan rumah...ekekekeee...tak kuasa eh nak berhimpun kat KL nu...baik duk diam-diam kat umah...saya sebenarnye tak tau pon ape sebenarnye perhimpunan BERSIH ni. saya memang tak suka nak ambik tau hal-hal macam ni...alahh yang ade kaitan dengan politik ni laa...politik dulu-dulu politik jujur, politik sekarang banyak dosa...fitnah sane, fitnah sini...tak tau mana satu betul...tapi tadi ade bukak official site BERSIH 2.0 ni...tak nak laa jugak jadi tunggul kayu, diam tak tau ape-ape isu dalam negara kan...nih saya share sikit ape tuntutan BERSIH 2.0...lepas bace yang ni rasenye boleh agak laa ape tujuan sebenar BERSIH 2.0 ni...so tak ade lah nanti salah faham...


Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor. 

Owh, saya tidak berada di mana-mana...bukan side situ, mahu pon side sinun...saya cuma sokong tokoh-tokoh pemimpin yang benar-benar b'wibawa, yang sentiasa memberatkan agama & bangsa kita sendiri, bijak, rasional, b'fikiran yang sentiasa maju ke depan, dan yang penting sentiasa mengikut perintah agama dalam ape jua tindak tanduk mereka, tak kira lah dalam parti mana mereka berada...ade ke yang macam ni kat Malaysia??? 

Tp agak risau bila bangsa lain yang lead, Melayu jadi pak turut macam lembu kene cucuk idung...dunia yg semakin merisaukan...


Tetiba nak tambah skit: sesuatu untuk difikirkan...t'jumpe tadi mase kat FB...



-THE END-
"The Best is yet to be"

0 adorable people:

Loves around

Loves around
 

Copyright © 2010 SHINE bright like a DIAMOND | Blogger Templates by Splashy Templates | Free PSD Design by Amuki