1 adorable people

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya 'Idulfitri


Jap lagi kami akan berangkat ke Kuala Kangsar. Doakan perjalanan kami selamat selalu. 
Selamat Hari Raya 'Idulfitri buat semua yang pernah singgah ke edamanali ni.
Mari patahkan papan markah lama...
Mari padamkan buku 3 lima...
Maaf zahir batin andai ada salah dan silap selama ni...OK...0 - 0...
Hati-hati di perjalanan...panjang umur, jumpa lagi...


-THE END-
"The Best is yet to be"
9
adorable people

Saturday, August 20, 2011

Macam ni lah selalu

Tiap kali giliran beraya ke kampung mertua, saya mesti jadi lemah semangat. Sebulan puasa tu memang tak ade ingatan untuk raya pon. Bukan tak ada, tapi malas nak kenangkan...padahal dah 5 tahun saya jadi isteri orang. Dah...itu baru 5 tahun, 20 tahun lebih saya beraya ngan ummi abah & adik-beradik saya yang happening gilerr tu, of course laa saya jadi lemah semangat. Yang paling penting moment-moment malam raya & pagi raya tu tau!!!

Suasana tu memang tak boleh chellen laa orang kata. Family saya sangat happening...juadah pon banyak dan sangat best!!! Best sebab kami sama-sama masuk dapur masak & memBZkan diri. Malam raya sibuk kemas rumah & tukar langsir, bubuh biskut raya dalam bekas cantik-cantik (walaupon rumah family saya sangat buruk & banyak kekurangan)...mercun dum dam, dum dam macam perang dunia ke-3, cantik-cantik pulak tu...tak akan ada suasana tu di rumah mertua...huhuhuuuu...(sorry but I have to say this)

So sekarang ni...
tak ada semangat nak shopping raya, untuk anak-anak je kot
tak ada semangat nak buat biskut raya
tak ada feel nak dengar lagu raya
sedih tak dapat convoy balik kampung ngan adikbradik
sedih tak ada acara salam-salam & bagi duit raya bersama-sama nanti

cuma
nak masa cepat berlalu je

akan balik jugak walaupon akan miss 1st raya
tapi masa tu meriah tu dah kurang 5% kot
tak apa laa, janji balik jugaaaa...
uwwaaaaaaaaaaaa...

raya uols pulak macam mana???

-THE END-
"The Best is yet to be"
3
adorable people

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday : 17th August 2011

this is my collections so far...I have from Australia, London, Paris, Scotland, German, Thailand, Vietnam, Jordan, Jerussalem & some from interesting places in our country. If you happen to travel somewhere, you know what to do!

-THE END-
"The Best is yet to be"
2
adorable people

Tuesday, August 16, 2011

Semangat Datang lahhh...

Owh, ni bukan entry nak puja semangat ye...cuma lately rase kurang semangat sikit...

Sejak adik-adik saya, Wawa & Arin (Wawa dah selamat balik Besut, Arin stay kat rumah Kak Ngah pulak sebab nak senang pergi kerja part time dia) dah tak de kat rumah saya ni, saya rasa boring sikit, sunyi sikit & kurang semangat...(semangat tu makin kurang bila raya makin dekat...huhuhuuu)...jadi malas je nak masak untuk buka puasa. Yelaa, saya ngan Abe Noor je yang nak bukak puasa pon...(masak cincai je boleh, Abe Noor???)...tapi last week saya ada buat pai ayam yang simple dimple je. Senang & mudah amat!!!...saya belajar ngan Kak Ngah...

Chicken Pie, orang putih kata, saya sawo matang je...ehheee...

Bahan-bahan:
Inti
Kentang
Carrot
Mince chicken (pakai brand Ayamas bagus, sebab daging ayam tak hancur sangat)
Batang celery
Button mushroom (yang dalam tin tu, pakai cap Ayam, sebab ada logo Halal, yang lain kebanyakannya tak ada)
Bawang besar sebijik
Bawang putih seulas dua
Serbuk black pepper
Kiub ayam
Air
Garam, gula, ajinomoto sebagai perasa

Kulit
Marjerin
Tepung Gandum
Air
(Nak senang pakai roti Paratha je beli kat Giant ke, Tesco ke)

Potong dadu kentang dan carrot. Potong jugak batang celery & button mushroom. 
Cincang bawang putih, potong dadu bawang besar. Tumis kedua-duanya. Letak serbuk black pepper. Tak payah garing-garing, cukup bila bau dah naik. Masukkan mince chicken. Dah masak chicken tu, masukkan air. Then, bubuh kiub ayam, kentang & carrot yang dah didadu tadi. Biarkan dua-dua jenis dadu ni empuk. Dah agak empuk masukkan batang celery & button mushroom...Sila bubuh bahan perasa, ikut selera sendiri. Masak sampai kering sikit, tak nak lembab-lembab inti dia...

OK, untuk kulit...kulit dia buat macam kulit karipap tu. Apa, tak pernah buat? OK, uli marjerin ngan tepung, sampai marjerin tu sebati ngan tepung. Sesudah itu, bubuh air, uli lagi sampai sebati. Dah sebati boleh canai dah letak dalam bekai pie, biar muat ye. Make sure kulit tepung tu muat-muat sampai bibir bekas pie. Cucuk-cucuk sikit bottom kulit tepung tu ngan garfu. Masukkan inti. Ikut suka laa nak pie tu tebal & kaya ngan inti atau tidak. Lepas tu canai lagi kulit tepung tu, untuk tutup permukaan inti pie tu tadi. Cucuk-cucuk jugak ngan garfu ye. Bakar pada suhu 170 degree for 25-30 minutes (yang ni depend pada oven anda lah ye, alah kalo dah nampak golden tu, masak laa tu) Kalau pakai roti paratha lagi mudah...guna kekdah kulit tepung tadi jugak ye. Pakai roti paratha nanti bila masak kita akan nampak kulit pie tu berlapis-lapis. I prefer to use this one!! 
(Owh, kuantiti kentang, carrot, batang celery, button mushroom, ayam, perasa, ikut suka uols. Tapi make sure padan ngan kuantiti bawang besar & bawang putih jugak ye)

Apa kaba tulang radius Aisyah Part 2
Alah, tumpang entry ni je laa...malas nak buat new. Pagi tadi kami pergi hospital lagi. Kali ni pergi ngan Abe Noor. Aisyah kurang menangis sebab mood dia OK. Lagi pulak ayah favorite ada di sisi kan. Tulang Aisyah dah bercantum, Alhamdulillah. Tapi masih bengkok. Tak apa doktor kata, doktor lain, lelaki muda. Dia explain sama je macam doktor Aishah last 2 weeks. So, bila ummi bagitau doktor Aisyah lasak sangat, doktor suruh simen lagi, takut patah sebab tulang bengkok mudah patah. Tapi separuh je, macam masa 1st time hari tu. Jadi raya kali ni Aisyah bersimen. Muat ke tak tangan nak masuk lengan baju kurung raya tu...hmmm...7/9 appointment lagi. Terpaksa balik awal ke sini...

 Aisyah. Kali ni ummi tak mau lukis apa-apa lah, nampak kotor

-THE END-
"The Best is yet to be"
2
adorable people

Monday, August 15, 2011

Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata...

Sayu je tajuk entry kali ni kan...

Alhamdulillah, umur kita masih panjang untuk berada di bulan Ramadhan yang penuh barakah...Azam Ramadhan saya masih lagi diteruskan walaupon sejak berada dalam minggu ke-2 Ramadhan, kelopak mata mudah sangat nak tertutup, tapi saya gagahi jua...macam ayat novel pulak. Dah pon sampai Juzu' 10, Surah At-Taubah...5 Juzu' dah ketinggalan sebab 'cuti' & kes kelopak mata tadi...tak ape, just teruskan je...sebab Juzu' 10 tu dah jauh pencapaiannya dari 2 - 3 helai muka surat pada Ramadhan lepas. Ramadhan lepas pon saya already being a housewife, tapi kenapa sikit sangat effort untuk recite Al-Quran??? tu lah, tak semestinya anda full time housewife anda boleh khatam 1 Al-Quran kan...semuanya bergantung pada kekuatan hati yang nak jayakan azam, dengan bantuan akal...daaaaannnnnn bagi yang bekerja pulak tolonglah jangan buat alasan anda kerja lagi ye...mereka yang kerja pon boleh recite jugak ye...kuatkan hati tu...tak banyak, sikit pon jadilah...kalau rasa nak buat jugak lah...(opss, tak de kaitan ngan tajuk dah ni...)
Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata
Saya rasa nak cuba tunaikan azam yang lagi satu, iaitu sedekah...so, kat sini saya nak jugak ajak uols bersedekah dengan cara mudah...pernah jumpa website ni tak?? http://sehelaibaju.com/ saya pon baru je jumpa semalam, dalam FB. Sedih selalu tengok gamba anak-anak yatim gak...melalui program ni kita boleh sedekah baju raya kat anak-anak yatim. Sehelai pon dah dapat membantu untuk ceriakan seorang anak yatim kan...senarai rumah anak-anak yatim ada kat website tu, pon ada sekali size baju dan senarai nama anak-anak yatim tu. Senang nanti kita nak beli, tak de laa nanti ade size baju yang tak mencukupi atau yang berlebihan kan...poskan je pada organizer program ini. En. Organizer tu akan agih-agihkan kepada anak-anak yatim tu nanti. Saya dah sampaikan hasrat saya ni kat En.Somi, harap-harap dia akan membantu saya tunaikan azam saya ni. Sebab saya ingat nak gi hantar terus ke rumah anak-anak yatim tu, sebab rumah saya ni tak jauh pon dengan rumah anak-anak yatim PEYAKIN. Untuk lebih jelas, boleh visit sendiri website tu ye...jom, sama-sama kita sedekah, rezeki kita tu bukan untuk kita sorang tau, tapi untuk orang lain juga merasa walaupon sikit...insyaAllah besar ganjarannya kalau betul-betul ikhlas... 

Laman rasmi:

www.facebook.com/SehelaiBaju

www.sehelaibaju.com



-THE END-
"The Best is yet to be"
0
adorable people

Saturday, August 13, 2011

Potty Tranning My Kids

saje je nak share macam mane saya start potty trainning for my kids. Boleh ikut kalau rasa bersesuaian ye...

Iman started his potty trainning a month before his 3rd birthday. Itu pon kakak saya kak e yang bagitau it is about the time to train Iman. Sebab dah besar kot & dah pandai cakap. Aisyah pulak pada umur 2 tahun setengah...rasanya potty trainnnig ni dah boleh start bila anak kita dah pandai cakap kot...
  1. Stop pakaikan diaper : Mula-mula saya tak pakaikan diaper kat Iman. 
  2. Atur time anak nak pee : Dengan sekerap yang mungkin saya tanyakan dia sama ada dia nak pee atau tak. Biasanye kita akan tanya pee je laa, sebab kalau poo, kita mesti akan sedar bila dengar anak kita meneran kan. Tapi kekdah tanya 'nak pee ke tak nak' ni tak berapa berkesan pada awalnya. Sebab, pada peringkat awal trainning Iman still blom tau macam mana rasa nak pee, sebab selalu main buang je dalam diaper, kadang-kadang tak sedar pon dah keluar kan. So, saya just bawak je Iman gi toilet sekerap mungkin, bergantung pada bila dia minum air/susu lah...tunggu sambil buat bunyi 'shhyyy...shhyyy' berkali-kali (ini kekdah turun-temurun daripada ummi saya, konon boleh ransang anak untuk pee...heheheee)...step ke-2 ni laa yag akan bantu anak kita tau macam mana rasa nk pee tu
  3. Ajarkan anak macam mana nak bagitau bila nak pee : sambil aturkan anak untuk pee, saya akan ajarkan dan ingatkan Iman berulang-ulang kali macam mana nak bagitau saya. "kalau nak kencing cakap macam mana? Ummi, Iman nak kencing.." macam tu laa bunyinya...pembelajaran tu kan adalah suatu proses berulang-ulang, so, haruslah ulang-ulang benda ni sampai melekat kat fikiran anak kita ye...
  4. Mulakan tarinning untuk sesi siang dulu : Waktu nak tidur malam tu pakaikan dulu diaper. Takut jugak anak kita pee @ poo waktu malam kan. Kita blom tau lagi kekerapan anak kita buang air. Bila trainning sesi siang hari dah berjaya dan anak kita dah pandai, boleh cuba teruskan dengan sesi malam pulak.
  5. Macam mana dengan poo? : Anak-anak saya, saya tak ajar secara serius untuk poo ni, biasanya anak saya akan tau sendiri bila nak poo (rase nak poo tu kan lebih kuat daripada pee). Dan saya cuma ajarkan dan ingatkan anak saya macam mana nak bagitau saya bila nak poo. Ayat dia lebih kurang sama dengan nak pee kat atas tu.
  6. Untuk peringkat awal pakaikan diaper kat anak-anak time kita keluar berjalan atau in a long journey. Bila dah expert nanti semua diaper tu dah boleh sedekah kat orang...heheheee...
Macam tu je lebih kurang experience saya nak potty train anak saya. Sama aje kekdah yang saya apply kat Aisyah si intan payung...Honestly, memang kita akan berdepan dengan sedikit kesusahan masa trinning ni, sebab mesti ada masa anak kita akan terbuang bukan di tempat yang sepatutnya. Banyak kerja sikit laa nak kena basuh semua kan. Tapi they all just little kids, orang dewasa pon selalu buat silap kan. Membuat kesilapan tu pon satu proses pembelajaran, tak silap tak tahu kan...Kita kena sabar je laa...But actually saya rasa senang je nak train anak-anak saya. Cuma Iman ada a few times jugak laa dia terlepas kat tempat lain selain toilet, & basah kat tempat tidur. Ambik masa sebulan dua jugak laa nak pandai bagitau ummi dan 2-3 bulan untuk tak buang kat tempat tidur. Aisyah paling senang. Within a month dah pandai bagitau nak pee & poo. Kadang-kadang pergi sendiri je ke toilet. Kat tempat tidur pulak baru 2 kali setakat ni. Tu pon dia akan tersedar dah mintak saya bawakkan dia ke toilet, nak sambung balik bagi habis. Kiranya blom sempat basah lencun laa tilam dia tu.

Mungkin uols kata "senanglaa Ida nak train anak dia, dia kan 24 hours with her kids...ada banyak masa bersama anak-anak"...jangan jadikan alasan anda berkerja sebagai penyebab anda tak ada masa untuk ajar anak-anak uols. Walaupon masa bersama anak-anak tu kurang, gunakan masa singkat uols dengan anak-anak tu untuk ajar mereka. Ajarkan mereka apa yang sepatutnya dan bersesuaian dengan umur mereka. Betul tak...Masa yang singkat tu jadikan ia terisi dengan banyak perkara yang berkualiti. OK, tu je...

boleh dikatakan anak-anak saya dah expert sekarang, malam pon tak de kebasahan...lega satu perkara...

-THE END-
"The Best is yet to be"
6
adorable people

Thursday, August 11, 2011

Suami Saya Macam Ustaz

I loikee!!!

Saje je nak share a few picas...saya suka sgttt!!! sebab muka suami saya macam ustaz...muka suci di Al-Mukarramah...






yang ni macam wartawan Jejak Rasul...heheheee...

bila laa abang nak bawak Eda gi sana...nak sgt3X gi sana...hmmm...sob..sob 

-THE END-
"The Best is yet to be"
2
adorable people

Tuesday, August 09, 2011

Dah Sampai

Alhamdulillah, suami saya dah selamat pulang ke tanah air drp mengerjakan umrah hampir 2 minggu...nampaknye mcm ade a few things yang dia bawak balik untuk anak-anak. Tapi untuk si isteri, blom nampak ape-ape lagi ye...tak mengapalah...jom kita focus pada bacaan-bacaan juzu'-juzu' yang seterusnya. Saya tengah stop sekejap ni...esok insyaAllah, to be continue...heheheeee...

update : skali dia bawak balik kain kotor berbakul-bakul daaa...hmmm...

-THE END-
"The Best is yet to be"
8
adorable people

Wednesday, August 03, 2011

Ape Kaba Tulang Radius Aisyah

Alhamdulillah, hari ni dh masuk 3rd day puasa. semoga hari ni kita semua yang berpuasa dapat kejayaan...azam Ramadhan masih diteruskan...insyaAllah...

Semalam Aisyah ade appointment ngan orthopedic. Kami pegi hospital ngan kakak saya Kak Lang. Thanks a million Kak Lang. Saya lemah laa bab-bab nak drive sendiri ni. Terukkan saya ni, apa pon tak boleh.

So, semalam episod Aisyah meraung sekuat hati kat bilik plaster & simen. Sebelum tu sampai kat hospital tak nak jalan sendiri, nak berdukung je. So, ummi dukung Aisyah kat situ walaupon kene turun naik tempat parking kereta 4 tingkat. Semput rase, kering tekak jugee, cuaca pulak memang baik, cerah dan terik je. Banyak jugak tenaga saya habis pagi tu. Mujur activity menunggu tak lama macam selalu. Masa nak X-ray pon Aisyah dah menangis, hardly refuse her hand to be x-rayed. Susah sangat nak pujuk, memang tak lut pon ngan pujukan, paksa je kekdahnya.

Bila jumpa doktor yang juga namanya Aishah, doktor tu kata kene simen lagi dan selepas 2 minggu kena jumpe orthopedic lagi. Dalam filem X-ray tu doktor tunjukkan tulang Aisyah yang masih ade bekas patah, nampak macam retak gitu, tulang dah bercantum semula, pada kawasan yang patah tu, imej tulang tu nampak warna putih terang, doktor kata tu adalah tulang baru. tapi masih perlu disimen lagi sebab tak meyakinkan, takut kalau lasak boleh patah semula. Macam tau-tau je doktor ni, Aisyah memang budak lasak. Memang laa dapat tau, simen yang lama tu dah lembik, kotor dah dan rosak skit. Owh, lagi satu, tulang Aisyah nampak bengkok dan dah tak lurus. Doktor kata tak apa, sebab Aisyah masih lagi akan membesar, dan tulang dia akan memanjang, proses tu akan meluruskan tulang Aisyah yang bengkok tu. Kata doktor tu laa, ape pon kita serah pada Allah, pencipta segala kejadian.

Then we were heading to plaster room. Ambik giliran yang tak lama pon menunggu. Sampai giliran, staff tu guna alat potong simen tu, macam alat potong kayu tu. Aisyah dah mula meraung. Takut sangat. Dia kata orang tu nak vacum Aisyah, sebab alat tu memang macam vacum, except for tempat pemotong dihujungnya, bukan tempat penyedut...hahahaaaa...nak bukak simen yang lama tu bukan main susah sebab simen dah lembik. Keadaan tu menyukarkan dan melambatkan proses & also menambahkan pekikan Aisyah yang nyaring. Tu lah, mandi tak nak angkat tangan, kan dah kene air, pastu lasak sgt main, sampai dan lunyai skit simen tu...Aisyah bukan setakat menjerit meraung, meggelupur sekali tak rela tangan dia diperlakukan sebegitu sekali lagi, huhuhuuuu, kaki siap tendang-tendang. Aisyah memang garang!!! Raungan Aisyah tu membuatkan pesakit-pesakit kat luar rasa ngeri...masing-masing cakap "sakit kot...kuatnye nangis"...hahahaaaa...padahal takut...semalam memang hari yang agak payah buat ummi, Aisyah. balik rumah rasa nak pengsan....(harap ayah baca entry ummi ni, Aisyah...)

Saya request kali ni Aisyah disimen dengan fiber glass, lebih ringan. Tak lagi seksakan anak kesayangan hamba ini...so, terbang laa RM50. & kali ni simen tak sampai siku dah, makin mudah Aisyah nak bergerak & bermain dengan lasaknya!

Tu je, next visit, Aisyah pegi ngan ayah je laa, biar ayah pulak rasa kan. Kene laa sama-sama merasa...btol tak??? ehheee...

fiber glass, tapi kaler putih je kot ade...lepas ni confirm laa kotor lagi. Kalau dapat macam abg Iman punya dulu, kaler biru OK skit kot...tu elephant yang ummi lukis laa tu. Sebab on the way balik semalam Aisyah mintak balik simen yang lame, sebab husband Che E dia (Abah E) ada lukiskan love shape kat situ...

errkkk...silap eja nama anak sendiri. Apesal ummi eja Aishah?? patutnya Aisyah...agaknye ummi masih lagi teringatkan doktor semalam tu kot...(sha = صا, sya = شا, Aisyah = عائشة tu bezanya kot dalam ejaan bahasa Melayu ke Arab)

-THE END-
"The Best is yet to be"
5
adorable people

Monday, August 01, 2011

Azam Ramadhan

Actually everyday saya ade pasang azam...tp just azam biase je laa...biasenye malam hari saya akan start pasang azam, macam esok nak sapu the whole house & mop the whole floor, esok nak lipat semua kain-kain, esok nak alihkan anak pokok tomato atas tanah...something like that laa...lebih kepada perancangan harian gitu. & saya akan pastikan ianya terlaksana, kalau tak saya akan rase hari saya wasted macam tu je, & berlalu dengan perkara-perkara yang amat biase...

Ramadhan kali ni saya masih belum dapat ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawikh berjemaah...(bile tiba waktu solat sunat ni saya rase terkilan sangat sebab tak dapat pergi, & akan terkenangkan arwah datuk kesayangan saya yang pernah mengimami solat sunat ini di surau kampung kami dulu. Pada saya ayoh laa the best imam untuk solat sunat tarawikh...rindu sangat kat arwah...  :(  )

Never mind, masih banyak lagi amal ibadah yang boleh dilakukan...azam saya :
  1. nak recite Al-Quran frequently...(Alhamdulillah, i just finished the 1st Juzu') Mohon Allah beri kekuatan jiwa untuk terus berkeinginan untuk tunaikan azam ini, mohon kekuatan otak untuk arahkan setiap anggota berkerja ke arah azam ini...
  2. banyakkan sedekah, insyaAllah bila saje ade peluang
  3. latih jiwa lebih sabar & tabah, terutama dalam mendidik anak-anak. (sentiasa lemah dalam bab ini)
  4. doa & lebih banyak lagi berdoa untuk apa saja bantuan dari Allah yang amat diperlukan (lately saya sering manangis di tikar sejadah, ntahlah...hati tak berapa tenang, sedih dan sayu je rasa, banyak yang saya perlukan daripada Allah)
  5. nak kawal nafsu makan...(heheheee...kot laa boleh kurangkan lemak)
Tu je kot setakat ni, kalau ade lagi akan tambah kat sini. Ini yang utama laa...
huaaarrghhh...mata sangat mengantuk. Bukan sebab bangun awal sediakan makanan sahur, tapi saya tak dapat lena sangat semalam, maybe air-cond sejuk sangat. Nak bangun off kan rase malas. Lepas tu dalam pukul 3 am, ade ketukan kuat dekat tingkap bilik saya. terus tak dapat lelap sampai sekarang...esok kena ajak Aisyah temankan ummi tido nih...OK tu je, jom pasang azam Ramadhan.


-THE END-
"The Best is yet to be"

Loves around

Loves around
 

Copyright © 2010 SHINE bright like a DIAMOND | Blogger Templates by Splashy Templates | Free PSD Design by Amuki