Saturday, August 13, 2011

Potty Tranning My Kids

saje je nak share macam mane saya start potty trainning for my kids. Boleh ikut kalau rasa bersesuaian ye...

Iman started his potty trainning a month before his 3rd birthday. Itu pon kakak saya kak e yang bagitau it is about the time to train Iman. Sebab dah besar kot & dah pandai cakap. Aisyah pulak pada umur 2 tahun setengah...rasanya potty trainnnig ni dah boleh start bila anak kita dah pandai cakap kot...
  1. Stop pakaikan diaper : Mula-mula saya tak pakaikan diaper kat Iman. 
  2. Atur time anak nak pee : Dengan sekerap yang mungkin saya tanyakan dia sama ada dia nak pee atau tak. Biasanye kita akan tanya pee je laa, sebab kalau poo, kita mesti akan sedar bila dengar anak kita meneran kan. Tapi kekdah tanya 'nak pee ke tak nak' ni tak berapa berkesan pada awalnya. Sebab, pada peringkat awal trainning Iman still blom tau macam mana rasa nak pee, sebab selalu main buang je dalam diaper, kadang-kadang tak sedar pon dah keluar kan. So, saya just bawak je Iman gi toilet sekerap mungkin, bergantung pada bila dia minum air/susu lah...tunggu sambil buat bunyi 'shhyyy...shhyyy' berkali-kali (ini kekdah turun-temurun daripada ummi saya, konon boleh ransang anak untuk pee...heheheee)...step ke-2 ni laa yag akan bantu anak kita tau macam mana rasa nk pee tu
  3. Ajarkan anak macam mana nak bagitau bila nak pee : sambil aturkan anak untuk pee, saya akan ajarkan dan ingatkan Iman berulang-ulang kali macam mana nak bagitau saya. "kalau nak kencing cakap macam mana? Ummi, Iman nak kencing.." macam tu laa bunyinya...pembelajaran tu kan adalah suatu proses berulang-ulang, so, haruslah ulang-ulang benda ni sampai melekat kat fikiran anak kita ye...
  4. Mulakan tarinning untuk sesi siang dulu : Waktu nak tidur malam tu pakaikan dulu diaper. Takut jugak anak kita pee @ poo waktu malam kan. Kita blom tau lagi kekerapan anak kita buang air. Bila trainning sesi siang hari dah berjaya dan anak kita dah pandai, boleh cuba teruskan dengan sesi malam pulak.
  5. Macam mana dengan poo? : Anak-anak saya, saya tak ajar secara serius untuk poo ni, biasanya anak saya akan tau sendiri bila nak poo (rase nak poo tu kan lebih kuat daripada pee). Dan saya cuma ajarkan dan ingatkan anak saya macam mana nak bagitau saya bila nak poo. Ayat dia lebih kurang sama dengan nak pee kat atas tu.
  6. Untuk peringkat awal pakaikan diaper kat anak-anak time kita keluar berjalan atau in a long journey. Bila dah expert nanti semua diaper tu dah boleh sedekah kat orang...heheheee...
Macam tu je lebih kurang experience saya nak potty train anak saya. Sama aje kekdah yang saya apply kat Aisyah si intan payung...Honestly, memang kita akan berdepan dengan sedikit kesusahan masa trinning ni, sebab mesti ada masa anak kita akan terbuang bukan di tempat yang sepatutnya. Banyak kerja sikit laa nak kena basuh semua kan. Tapi they all just little kids, orang dewasa pon selalu buat silap kan. Membuat kesilapan tu pon satu proses pembelajaran, tak silap tak tahu kan...Kita kena sabar je laa...But actually saya rasa senang je nak train anak-anak saya. Cuma Iman ada a few times jugak laa dia terlepas kat tempat lain selain toilet, & basah kat tempat tidur. Ambik masa sebulan dua jugak laa nak pandai bagitau ummi dan 2-3 bulan untuk tak buang kat tempat tidur. Aisyah paling senang. Within a month dah pandai bagitau nak pee & poo. Kadang-kadang pergi sendiri je ke toilet. Kat tempat tidur pulak baru 2 kali setakat ni. Tu pon dia akan tersedar dah mintak saya bawakkan dia ke toilet, nak sambung balik bagi habis. Kiranya blom sempat basah lencun laa tilam dia tu.

Mungkin uols kata "senanglaa Ida nak train anak dia, dia kan 24 hours with her kids...ada banyak masa bersama anak-anak"...jangan jadikan alasan anda berkerja sebagai penyebab anda tak ada masa untuk ajar anak-anak uols. Walaupon masa bersama anak-anak tu kurang, gunakan masa singkat uols dengan anak-anak tu untuk ajar mereka. Ajarkan mereka apa yang sepatutnya dan bersesuaian dengan umur mereka. Betul tak...Masa yang singkat tu jadikan ia terisi dengan banyak perkara yang berkualiti. OK, tu je...

boleh dikatakan anak-anak saya dah expert sekarang, malam pon tak de kebasahan...lega satu perkara...

-THE END-
"The Best is yet to be"

0 adorable people:

Loves around

Loves around
 

Copyright © 2010 SHINE bright like a DIAMOND | Blogger Templates by Splashy Templates | Free PSD Design by Amuki