2
adorable people

Saturday, October 29, 2011

Malam Ini...

Malam ni negeri kecintaan saya iaitu TERENGGANU dah kalah dalam Malaysian Cup. Saya bukannya tengok sangat pon game tu, asyik duk update FB, pasal takut nak tengok. Zaman minat bola saya dah makin pudar. Dan kureng dah sekarang...dulu zaman remaja memang gila bola laa jugak.
Bila tengok di awal game tu, rasa sakit jantung, sesak dada & berdebar sangat. Hanya kerana pasukan negeri saya, saya nak jugak jenguk tu. Kalau tak, tak de pon. Sebab berdebar jugak laa saya rasa baik saya ngadap notebook kesayangan saya ni...
Apa pon tahniah pasukan Terengganu kerana berjaya ke final & tahniah jugak kat pasukan Negeri Sembilan (kamu memang power tadi!). Next year, main elok-elok lagi, buleh masuk final lagi (macam pesanan mak-mak pulak).

Everytime ada game bola macam ni, saya mesti teringat kat arwah ayoh(atuk kesayangan saya)...arwah sangat minat bola. Sanggup bersekang mata untuk World Cup. Sekarang saya faham kenapa adik saya, abang saya sangat gila bola walaupon abah saya tak berapa sangat. Semuanya daripada darah arwah ayoh. Hmm...setiap kali terkenangkan ayoh, air mata saya pasti bergenang, sampai saat ni. Ayoh, tempatmu tiada ganti...(sedih tetiba)

-THE END-
"The Best is yet to be"
2
adorable people

Tuesday, October 25, 2011

Masak Hari ni...

Mood dapur...

Lauk yang saya masak tengah hari tadi. Ikut resepi dari http://www.tiffinbiru.com/2011/10/asam-tumis-tempoyakpengsannn.html. Cuma saya letak santan sikit & saya tak guna terung telunjuk, tapi terung bulat. Sedapnyeee...hihihiiii...sendiri angkat bakul. Kalau tak diri sendiri yang puji sape lagi nak puji kan. Abe Noor pon blom makan lagi, balik keje karang baru dia makan. Yang happy nya masak lauk ni hari ni, serai & daun kunyit gi petik je kat belakang rumah. Kan best tu. Ni membuatkan lagi berkobar-kobar nak tambah tanaman ni...hihihiiii...

Ni pon baru masak tadi, untuk makan petang. Saya sangat suka bubur jenis macam ni. Selalu balik dari ambik Iman sekolah mesti singgah gerai depan masjid Meru, nak beli bubur macam ni laa. Padahal boleh je buat sendiri. Cuma MIM ALIF LAM SIN je...Ikutkan saya nak pakai sagu putih, tapi paket besar sangat kat kedai tadi, 5 tahun pon blom tentu habis. paket kecik pulak ade kaler hijau je. Ambik je laa...nah, ini hasilnya...sedapppp!!!

-THE END-
"The Best is yet to be"
5
adorable people

Monday, October 24, 2011

Percubaan Pertama Saya!!

Saya baru belajar ni, semuanya daripada tutorial di internet...
Ni lah dia percubaan pertama saya...heheheee...kalo xbrape cun xpe, kate percubaan pertama kan. 

Ni lah benda yang saya cari untuk isi ke'boring'an saya hari-hari. Hari ni saya lipat kain awal, lepas masak terus capai bakul kain. Sebab waktu petang nak try buat ni. Seronok jugak. Patut laa ramai orang buat craft ni. Saya beli starter pack online, dalam tu ada CD design-design yang saya boleh buat, 5 keping kain felt, kapas, klip rambut, pin baju dll. Lepas tu saya cari jugak tutorial kat internet ni. Memang banyak lah...cantik-cantik diorg buat. So, macam mana? OK x hasil 'keras tangan' saya??? Hampir-hampir cramp ni. Nanti lama-lama mahir laa, boleh buat jual pulak!!!...Oh ye! Kedai Daiso pon ada jual kain felt ni, macam-macam kaler ade. Peralatan menjahit macam gunting kain, benang pon saya beli kat situ. Semua barang adalah RM5. Barangan Jepun, saya suka sangat kedai tu. Kat Sunway Pyramid ada 1.

-THE END-
"The Best is yet to be"
2
adorable people

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday : 19th October 2011 - not really wordless...

got these from FB...hihihiiii...

-THE END-
"The Best is yet to be"
7
adorable people

Friday, October 14, 2011

Garden Permaisuri Ida

Saya ni seorang yang amat cepat tension, cepat berserabut fikiran kalau ada masalah, cepat risau...so, untuk bagi sejuk hati dan fikiran saya kene tengok pokok-pokok bunga...actually bukan jenis yang bunga-bunga sangat pon, tapi saya prefer pokok-pokok hijau. Plus mata saya rabun yang agak kronik, every year mesti bertambah power, so saya guna petua pandang warna hijau pokok-pokok untuk segarkan mata.

Walaupon halaman rumah adalah sekangkang kera, saya tetap nak tanam pokok. Lagi pulak itu lah hobi saya selain mengadap notebook saya ni. Bila rasa boring je, ambik kunci rumah, bukak pintu & keluar belek-belek pokok. Rasa perasaan sangat happy bila dapat tengok pucuk-pucuk baru nak keluar. Belek-belek jugak takut ada perosak yang cuba nak buatkan pokok-pokok saya sakit. 



sebahagian besar yang saya tanam. Ni semua ambik dari rumah kakak-kakak saya. semai sampai jadi besar. Spesis-spesis keladi tu hari tu lebat daun-daunnya. Sebab balik kampung raya seminggu, tak ada orang nak tolong siram jadinya mereka-mereka itu dalam proses pemulihan lah sekarang...nanti balik kampung raya haji pulak, tinggal nyawa-nyawa ikan lah lagi nampak gayanya...



ini adalah pokok-pokok yang saya sendiri beli...dah alih dalam pasu yang dah lama mak mertua bagi tu...bagi nampak lagi cantik dalam pasu tu...yang satu tu ade bunga merah, tak kembang, just kuntum je, kalau banyak keluar cantik tu. dah lama nak pokok-pokok ni, sekarang baru beli...alhamdulillah...nak beli pokok pon payah saya ni, banyak kali duk PK. PK apa pon tak tau, PK tak nak menyusahkan orang kot. Lain kali malas PK dah, nak beli apa ambik je time ada fulus tu. Baru senang hati...


ini adalah rumput yang saya dan abe Noor tanam(ehheeee...kenari saya interframe). Rumput jepun pilihan abe Noor juga stepping stone pilihan dia. Setiap pagi kami siram rumput ni. Setiap pagi jugak saya duk mencangkung belek rumput ni, nak buang rumput jahat. Jiran sebelah rumah simen habis laman rumah dia. Dia kata dulu kat rumah lama diorang tanam jugak rumput gini, tapi naik rumput lain jadi tak cantik. So, saya nak cuba buktikan kat dia, yang rumput kat laman saya akan cantik, selagi ada umur saya, memang saya akan jaga rumput ni, cheeeewwwwaaaaaahhhhh...tak sabar nak tunggu rumput ni penuh, barulah Iman & Aisyah boleh berguling bating kat situ!! Yang hujung pagar tu hidup subur kan...cucuk batang dalam tanah, cepatlah tumbuh & membiak. Dulu saya cucuk 2-3 batang je, hari ni dah sebanyak tu!!


yang sebelah kanan keta tu pokok yang ambik dari kampung ye, 4 kali setahun baru nak berbunga(ibaratnya laa). Wah, dari kampung pon nak import. Eksport ke kampung pon ada. Ummi saya pon banyak pokok-pokok bunga. Kami sharing lah sedikit sebanyak...

Belakang rumah saya ada 15 kaki lagi panjang laman ke belakang. Tu yang pakat-pakat extend dapur tu jiran-jiran saya. Saya belum lagi ye...huuuu...kalau ada rezeki abe Noor kata nak beli rumah lain. Dia tak nak extend rumah tu. Saya pon tak kisah. Kat belakang rumah saya ada tanam pokok kari, dah besar pon, pokok serai, belimbing buloh, pandan, kunyit, halia, lengkuas, cekur, limau kasturi, limau purut & limau nipis. Yang lain-lain insyaAllah akan menyusul. Pastu abe Noor siap berangan nak tanam sayur laa. Nanti yang menjaganya saya lah...sekarang ni pon saya je yang sibuk cabut-cabut rumput kat belakang tu daripada jadi semak. Abe Noor haremmmm...selagi ada daya saya buat...so, pendek kata dari dalam rumah sampai ke luar, semua saya uruskan...superwoman jugak laa tu kiranya kan...heheheee...

-THE END-

"The Best is yet to be"
2
adorable people

Monday, October 10, 2011

Tak dak Idea!!

Nak buh tajuk pon amik masa 30seconds...macam mana ni???
Lunch tadi masak ni...Gulai Nasik Dagang Ikan Tongkol. 1st time masak ni, baru belajar. Tapi sedap!!! (Angkut bakul sudaa...). Gambar tak elok sangat sebab pakai handset out of date!


Resepi:
GULAI NASI DAGANG
Sumber: BONDA
Bahannya
2 s/b lada giling
1 ulas bawang putih ]
1 biji bawang besar ]
1 inchi lengkuas ] mesin halus
3/4 inchi halia ]
1/5 inchi kunyit ]
1 1/2 s/b rempah mak @ 2 s/b rempah gulang nasi dagang
1 ekor ikan tongkol saiz sederhana yg direbus bersama asam keping + garam
1 1/2 tin santan pekat
1 s/k kerisik
sedikit gula melaka dan garam secukupnya

Caranya
1. Tumis lada hingga garing
2. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau
3. Masukkan rempah dan diikuti santan, gula melaka, ikan rebus + air rebusan ikan
4. Kacau rata dan masukkan kerisik
5. Masak sehingga pecah minyak 

 Source: http://shaishah.fotopages.com/?entry=1357018


muka anak-anak a few days ago...Aisyah kata bila dia pakaikan bebear dia spec mainan tu, muka bebear tu macam muka moyang dia, sebab moyang dia memang pakai spec gitu...heheheee. Iman muka notty...Iman sekarang suka usik adik. Usik nak bagi adik panas je...bila adik marah, start laa gaduhnya...huhuhuuuu...tak tahan telinga ummi dengar budak-budak menangis ni...


sape ntah yang snap gamba ni, jumpe dalam camera. Ni citer drama Korea yang tiba-tiba jadi kegilaan saya. New Gisaeng Story. Dulu tengok episod awal-awal je. Sambung balik tengok dah tinggal 4-5 episod je lagi. Nasib baik masih boleh faham jalan ceritanya...tak sabar nak habiskan esok...


Ni pulak masakan lunch last friday. Rasanya Abe Noor yang snap ini gambar. Ketam Masak Suka Hati nama dia. Buh tomato skit, black paper skit, sos tiram skit, last skali pecahkan 2 biji telur. Yum!!! masih terasa kelazatannya...(hmm...kalo laa tomato tu boleh ganti dengan cili...hmmm...bila laa budak-budak boleh tahan pedas)

-THE END-
"The Best is yet to be"
2
adorable people

Thursday, October 06, 2011

Gundah Gulana

Owh, Wednesday dah berlalu ye...br je nak post wordless entry...Wordless Thursday aci tak?...xpe laa, postpone next week je laa...

Dah lama hati ni tak bergundah gulana
Dah lama tak rasa perasaan ini
Tapi sejak pagi tadi selepas mengetahui, hati ni terus dilanda gundah gulana
Daku tak suka perasaan ini
Tapi cuba berekspresi seperti tiada apa-apa yang menggundah gulanakan
Bolehkah kamu yang menyebabkan gundah gulana ini membiarkan sahaja hidup kami
Jangan ganggu kami
Jangan tambah beban kami
Hiduplah dengan apa saja yang kamu ada
Hadapilah realiti itu dengan redha
Jika sekadar itu sahaja dikurniakan untukmu
Maka berasa cukuplah dengan itu
Jangan hanya kerana inginmu
Kami engkau bebani dengan sandaranmu

Hasil Penulisan : 'sendiri yang sepontan'

Berdoa pada Allah agar mendung segera berlalu, gundah gulana segera pergi, hidup kami lapang kembali...

-THE END-
"The Best is yet to be"

Loves around

Loves around
 

Copyright © 2010 SHINE bright like a DIAMOND | Blogger Templates by Splashy Templates | Free PSD Design by Amuki