Friday, October 14, 2011

Garden Permaisuri Ida

Saya ni seorang yang amat cepat tension, cepat berserabut fikiran kalau ada masalah, cepat risau...so, untuk bagi sejuk hati dan fikiran saya kene tengok pokok-pokok bunga...actually bukan jenis yang bunga-bunga sangat pon, tapi saya prefer pokok-pokok hijau. Plus mata saya rabun yang agak kronik, every year mesti bertambah power, so saya guna petua pandang warna hijau pokok-pokok untuk segarkan mata.

Walaupon halaman rumah adalah sekangkang kera, saya tetap nak tanam pokok. Lagi pulak itu lah hobi saya selain mengadap notebook saya ni. Bila rasa boring je, ambik kunci rumah, bukak pintu & keluar belek-belek pokok. Rasa perasaan sangat happy bila dapat tengok pucuk-pucuk baru nak keluar. Belek-belek jugak takut ada perosak yang cuba nak buatkan pokok-pokok saya sakit. 



sebahagian besar yang saya tanam. Ni semua ambik dari rumah kakak-kakak saya. semai sampai jadi besar. Spesis-spesis keladi tu hari tu lebat daun-daunnya. Sebab balik kampung raya seminggu, tak ada orang nak tolong siram jadinya mereka-mereka itu dalam proses pemulihan lah sekarang...nanti balik kampung raya haji pulak, tinggal nyawa-nyawa ikan lah lagi nampak gayanya...



ini adalah pokok-pokok yang saya sendiri beli...dah alih dalam pasu yang dah lama mak mertua bagi tu...bagi nampak lagi cantik dalam pasu tu...yang satu tu ade bunga merah, tak kembang, just kuntum je, kalau banyak keluar cantik tu. dah lama nak pokok-pokok ni, sekarang baru beli...alhamdulillah...nak beli pokok pon payah saya ni, banyak kali duk PK. PK apa pon tak tau, PK tak nak menyusahkan orang kot. Lain kali malas PK dah, nak beli apa ambik je time ada fulus tu. Baru senang hati...


ini adalah rumput yang saya dan abe Noor tanam(ehheeee...kenari saya interframe). Rumput jepun pilihan abe Noor juga stepping stone pilihan dia. Setiap pagi kami siram rumput ni. Setiap pagi jugak saya duk mencangkung belek rumput ni, nak buang rumput jahat. Jiran sebelah rumah simen habis laman rumah dia. Dia kata dulu kat rumah lama diorang tanam jugak rumput gini, tapi naik rumput lain jadi tak cantik. So, saya nak cuba buktikan kat dia, yang rumput kat laman saya akan cantik, selagi ada umur saya, memang saya akan jaga rumput ni, cheeeewwwwaaaaaahhhhh...tak sabar nak tunggu rumput ni penuh, barulah Iman & Aisyah boleh berguling bating kat situ!! Yang hujung pagar tu hidup subur kan...cucuk batang dalam tanah, cepatlah tumbuh & membiak. Dulu saya cucuk 2-3 batang je, hari ni dah sebanyak tu!!


yang sebelah kanan keta tu pokok yang ambik dari kampung ye, 4 kali setahun baru nak berbunga(ibaratnya laa). Wah, dari kampung pon nak import. Eksport ke kampung pon ada. Ummi saya pon banyak pokok-pokok bunga. Kami sharing lah sedikit sebanyak...

Belakang rumah saya ada 15 kaki lagi panjang laman ke belakang. Tu yang pakat-pakat extend dapur tu jiran-jiran saya. Saya belum lagi ye...huuuu...kalau ada rezeki abe Noor kata nak beli rumah lain. Dia tak nak extend rumah tu. Saya pon tak kisah. Kat belakang rumah saya ada tanam pokok kari, dah besar pon, pokok serai, belimbing buloh, pandan, kunyit, halia, lengkuas, cekur, limau kasturi, limau purut & limau nipis. Yang lain-lain insyaAllah akan menyusul. Pastu abe Noor siap berangan nak tanam sayur laa. Nanti yang menjaganya saya lah...sekarang ni pon saya je yang sibuk cabut-cabut rumput kat belakang tu daripada jadi semak. Abe Noor haremmmm...selagi ada daya saya buat...so, pendek kata dari dalam rumah sampai ke luar, semua saya uruskan...superwoman jugak laa tu kiranya kan...heheheee...

-THE END-

"The Best is yet to be"

7 adorable people:

Nurull 101 said...

rajin ida menanam yee...

EdaManAli said...

Nurul:bile minat otomatik jd rajin...tp xmo byk2 sgt, tkut semak pulak...

Connie said...

cantik rumput tu... suke tgk...
rumah ku laman lansung takde hiasan landskap or bunga.. huhuh.. semua malas kot.. sikit mase mungkin bersimen kot...

EdaManAli said...

Connie: sbb connie suami isteri keje...xsempat nk uruskan...mcm ida ni xkeje, husb plak time keje dia flexible...dia yg control time dia, bkn time yg control dia...so, bleh laa uruskn tanaman...

jie @ azie said...

comey nyo rumoh ida..diserikan lg denge pokok2 yg comel2..kenei ko keladi hok gmbar second tu ;)

ratu hatiku said...

ita suko tgk bunga hok tepi pitu tu..segar jah..dumoh ita ado jgk pokok berdaun hijau ni..tapi gak kurusnyoola...tue jah koho segar bugar...hehe!!

EdaManAli said...

Jie: hok pasu besar tu eh? br beli tuh...segar lg...arap2 segar sokmo...

Ita: keno bajo laa ita, 2 minggu sekali...sie ko dio xbg make minum...heheheee...tue ingat sgt nok make...

Loves around

Loves around
 

Copyright © 2010 SHINE bright like a DIAMOND | Blogger Templates by Splashy Templates | Free PSD Design by Amuki