Thursday, December 01, 2011

Ape tu?

Tak tau laa dapat lena ke tak malam ni, tadi tengok ulangan Paranormal Activity 2 lagi...dah tau takut, nak tengok lagi tuuu...serius macam real je!!

OK, saje nak tunjuk ape ni...ni pokok terung yang saya tanam almost 3 weeks...dah keluar buah, lebih daripada 10 biji ikut kiraan saya. Tu pon payah nak kira sebab banyak lagi yang akan keluar. Harap-harap terus-terusan dapat hasilnya & niat saya nak hulur pada kakak-kakak & jiran-jiran tercapai...sama-sama merasa. Kat seberang jalan depan rumah saya, saya dah mintak abe Noor tanam anak pokok mangga bulat, (mangga epal ke ha?) yang saya ambik dari kampung. Ummi saya banyak semai pokok-pokok. Lain kali time balik kampung lagi saya nak kidnap lagi. Pokok bunga ros yang ummi semai pon dah segar-bugar kat sini. Sekarang saya plan nak tanam pokok bendi pulak, baru cukup bahan nak buat kari ikan merah, kan Ita(my best friend)?

Ape pulak ni? ni adalah ibu jari budak yang sedang menjalani therapy. Therapy yang ummi dia reka sendiri. Untuk atasi masalah bad habit, thumb-sucking!...ummi dia dah menyampah tengok anak dia asyik hisap ibu jari je kan, plus gigi dah nampak dua batang nak menjulur ke luar. Oh, tidak!!! sebelum kesannya berpanjangan, baik ummi stop kan. Hopefully berjaya. Kena ambik masa jugak jalani therapy ni. Hari ke-2 Iman tak tahan sampai bukak sendiri handy-plast tu senyap-senyap. Jangan buat lagi, ye dear. This is for your own good...I only want to help you to fix your bad habit. Next time if I have another kid, I won't let him/her to have all kind of sucking habit, no thumb-sucking, no paci...no, no, no!!! Tak mahu lagi terpedaya dengan kata-kata orang, bahawa budak-budak yang hisap jari adalah budak baik, memang laa baik dan tak menangis, sebab mulut asyik tersumbat je kan...owh, no more!!!

-THE END-
"The Best is yet to be"

1 adorable people:

FiNi Pelangi said...

kak eda, langkah yang bagus tu nk buang habit thumb-sucking tu,. kalau tak dihalang, budak2 ni bukannya reti nk berenti,.

btw, sgt suka statement ni : Tak mahu lagi terpedaya dengan kata-kata orang, bahawa budak-budak yang hisap jari adalah budak baik, memang laa baik dan tak menangis, sebab mulut asyik tersumbat je kan...owh, no more!!!

:) comey je ummi iman ni :)

Loves around

Loves around
 

Copyright © 2010 SHINE bright like a DIAMOND | Blogger Templates by Splashy Templates | Free PSD Design by Amuki