Thursday, January 19, 2012

Bila Anak-anakanda Start Learning Session

Cuba cari masa blogging. Semenjak dua menjak anak-anak sekolah ni, masa ummi makin kurang, sape yang curi ye??
Bukan mudah nak mengajar anak-anak kat rumah. Lebih-lebih lagi kalau anak-anak uols macam anak-anak saya. Susah focus, kuat main & mudah distracted dengan persekitaran. Anak-anak saya bukan jenis yang suka sangat belek-belek buku, kalau main tulis-tulis pon sekejap je, maklumlah jenis susah focus pada satu-satu benda, dalam erti kata mudah, tak pernah ralit dengan sesuatu perkara yang diorang buat. Even kalau main sekali pon, sekejap je, lepas tu mainan berterabur, diorang sibuk dengan benda-benda lain, contohnya panjat cabinet dalam bilik ummi...entahlaa, saya pon tak reti nak klasifikasikan anak-anak saya tergolong dalam jenis yang macam mana. Tapi bila diajar walaupon diorang tak focus, bukan bermakna segala yang diajar tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ada yang melekat dalam kepala diorang. Cuma masa nak mengajar tu yang menguji kesabaran sikit, sikiiiiitttttt jeee...huh!

Saya cuba atur masa saya everyday sejak diorang start schooling ni, waktu pagi saya sibuk dengan kerja rumah. Bangun seawal 6am, maybe tak seawal ibu-ibu yang bekerja laa. Lepas solat dah tak sambung tidur, terus buat apa yang patut, lipat kain ke, gosok baju sekolah anak-anak ke, prepare breakfast yang simple untuk adik saya nak ke kelas(adik yang stay dengan saya), suami dan anak-anak saya selalu breakfast lewat sikit...Kadang-kadang anak-anak mandi sendiri, kalau mandi sendiri tu bergelen-gelen laa air habis, mandinya tak jugak...yupp, better saya mandikan...lagi tak banyak kerja saya...lepas tu sidai kain, siram pokok, kemas rumah, masak. Everything mesti siap before 12pm. Sebab itu time diorang kene makan, lepas tu mandi & bersiap nak ke school pulak...jam 1pm saya hantar diorang ke GA. In between diorang at school tu, saya buat kerja-kerja yang belum beres. Memang saya tak pernah ambik peluang untuk duduk-duduk goyang kaki, tengok TV ke hape. Kalau depan TV, tangan mesti kene kerja lipat kain...next month insyaAllah, waktu ini akan saya isi dengan 'sesuatu' yang lebih berguna untuk diri saya, itu akan diceritakan later, bila tiba masanya. Then, 4pm gerak untuk jemput diorang. Lepas tu aktiviti bebas, main kat luar biasanya...Malam baru ambik masa mengajar diorang apa yang diorang dah belajar kat sekolah, lebih kurang revision laa...Jam 10pm wajib tidur!

Semalam masa jemput anak-anak, teacher Aisyah bagitau Aisyah tak focus masa belajar Iqra'...hmmm, saya dah tahu dah, sebab kat rumah pon macam tu. Iman pulak dalam buku Starter Words dia teacher bagi note, "Need to practice, always forget"...hmmm...yang ni pon ummi dah sedia maklum dah. Itu lah anak-anak saya...so, bila dapat semua information daripada teachers diorang ni, saya lagi tak senang duduk. OK, malam tu kami buat tuition...hahahaaa...tapi bukan mudah ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Diorang asyik main-main, & buat bising je...langsung tak focus. Jumping on their beds laa, main teddy bear laa, itu laa, ini laa...tapi saya usaha jugak! dah nekad untuk bagi tumpuan pada education diorang, tak nak sia-siakan lagi masa diorang. Last-last dapat jugak saya mengajar dengan sabar without rising up my voice, sebab bila marah-marah & tengking-tengking, nanti ilmu tu akan di block, terus tak dapat anak-anak nak absorb...

Click these thumbnails below to view the video

turn Aisyah dulu. Kat GA diorang ajar reading dengan mengenal words dulu...tak kenal huruf pon tak apa...Iman asyik lupa je, memang itu laa cabaran nak ajar Iman dari dulu lagi, tapi Iqra' senang pulak ingat...

Iman kene baca 2nd time...

Itu lah anak-anak saya. So, sekarang saya tak nak fikir benda-benda lain, fikir nak enjoy sangat sana sini ke, enjoy sikit sudahh yee...saya cuma nak focus pada education anak-anak je. Sebab anak-anak kan aset kita. Beri didikan agama lebih, untuk saham akhirat, didikan dunia untuk jalani hidup yang lebih baik di dunia, membantu jugak untuk hidup di akhirat kalau iman selalu terpelihara...


-THE END-
"The Best is yet to be"

3 adorable people:

Cho Zila said...

cabaran sebagai seorang ibu.. anak akak lak malam nanti lepas maghribjerler akak tolong tengokkan.. kalau mood diaorang baikler kalau idak lebih baik akak tak ajar sbb nanti akak hilang mood... akak akan mula marah2... isyh memang azam tahunni nak lebihkan perhatian kat diaorang tapi entahler kesabaran selalu hilang.... anak akakpun belajar adam and dina ni....

napish said...

wah gigih! aku rasa skul anak aku tak seadvance setia alam la weh...baru suruh beli buku je..lukis2..cop2 tangan...huhuhu, and takde pulak comments dlm msg book.Err maybe aku yg kena tanya teacher kot

EdaManAli said...

Cho Zila: a'aa akak, saya pon xtau mlm ni mcm mane...sorang blk school dh tido, sorang lg blom tau lg mood mcm mane...nk pakse2 xbleh, lagu haru...

Nouri: Ank2 aku br ade buku Adam & Dina je pon, Iqra' utk Iman, & Al-Badar utk Aisyah...buku2 lain blm ade...diorg dh blaja solat dh, ank aku laa yg citer, aku pon xsmpat nk tya teacher diorg, nmpk BZ je teacher2 mengatur bdk2 nk blk...

Loves around

Loves around
 

Copyright © 2010 SHINE bright like a DIAMOND | Blogger Templates by Splashy Templates | Free PSD Design by Amuki