Monday, January 16, 2012

Cuti-cuti Weekend yang Pendek

Orang lain cuti-cuti time cuti sekolah, kami cuti time baru bukak sekolah...itu je masa yang sempat pon...

Kami baru balik dari tempat percutian sejuk semalam...hahahaaa...Cameron Highland je pon. Tapi memang freezing btol weekend kat sana. Sepanjang hari kat sana cuaca adalah cloudy, rainy, windy...kalau sunny pon sekejap je. Tak dan nak panas...Terasa sangat nak pergi sana lepas kakak saya kak ie pergi masa cuti sekolah hari tu, dia cite pasal beli sayur fresh murah-murah laa, beli pokok rose laa...tak tahan dengar. So, ajak laa abe Noor pergi sana walaupon 2D1N je...kami sewa appartment 3 bilik lengkap dengan kemudahan memasak & katil queen size setiap bilik. Yang join kami adalah kak ngah & adik-adik saya, Arin, Wawa, Ude.  

perjalanan dari Tapah

Sabtu tu tak sempat nak jalan-jalan sangat. Kami sampai pon dah tengahari. Cuma sempat pergi pasar malam & tempat orang jual barang-barang souvenir je...Beli socks untuk standby malam yang sejuk, beli cap untuk budak-budak, Aisyah, Iman, Aizara(my niece) sempat pow kami anak patung bapok & bantal strawberry...aduh anak-anak...tu pon macam-macam yang Aisyah nak...kopak-kopak...

Kena pow...

Malam memang seperti dijangka, sejuk yang amat. Kalau siang nak pijak lantai pon tak sanggup, nak ambik wudhuk pon bercinta, apatah lagi malam. Masing-masing pakat tak mandi. Iman Aisyah lagi kesian, masa hari sabtu lagi kene ceret-beret...berulang laa ke toilet...time nak cebok tu yang tak sanggup tu, tang bau tu ummi dah kalih, tang air sejuk tu yang tak boleh tahan tu...

Budak-budak tak reti sejuk

Hari kedua, semua liat nak bersiap, pasal takut air...last-last keluar rumah dalam pukul 11 lebih pagi, dekat kul 12 kot...kami heading ke Butterfly Garden, follow kak ngah sebab dia ada GPS. Masuk RM5 for adults, RM2 for children. anyak jugak butterflies kat dalam tu. Ada rabbits juga, bugs, chipmunks, snake, bulldog frog, fish and so on. Budak-budak happy sangat kat situ...saya beli pokok rose 2, warna merah peach & kuning...sangat gumbira...harap-harap pokok rose ni dapat survive di Meru nanti...

Butterfly Garden

Lepas tu pergi Straberry Park pulak. Apa nama park tu yea? Nama India gitu, owner dia India kot...atas bukit, sejuk sangat kat situ!!!

tak boleh petik kat sini...

Lepas tu ke Kea Farm pulak. Tempat orang jual-jual sayur kat situ. Paling suka goreng celup tepung sayur, tempura laa tu. Sedap!!! Macam-macam sayur ada. Yang tak pernah jumpa pon ada. Sempat beli sayur jugak, beli yang tak pernah tengok punya, fresh-fresh sangat!!! 8 packet RM10, ada jugak 6 paket RM10, & 4 jenis RM10...Beli jugak jambu epal. Ingat kan buah apa laa, rupanya guava, jeruk dalam perisa epal...walaupon jeruk, guava tu tetap rangup & masih fresh...Kat sini jugak kami beli teh yang perisa buah-buahan. Teh-teh biasa boleh beli kat tempat kita kan, tapi murah teh-teh kat sini.

barang-barang yang sempat dirembat...

Kalau pergi cameron tak sah kalau tak ke ladang teh. Kami pergi ladang teh Boh, atas lagi pada kawasan Brinchang, saya dah lupa nama tempat tu. Jalan nak ke ladang ni memang mencabar, ye laa ikut lereng bukit. Satu lane pulak tu, ada laa part-part yang lebar sikit jalannya untuk bagi laluan kepada kenderaan dari arah bertentangan. Tapi memang saya gerun sangat dengan jalan tu. But, sebab nak sangat tengok ladang teh, redah jugak. Orang lain pergi OK je tak ada apa-apa pon. Kat ladang teh ni memang super-duper sejuk laa, berangin kuat sangat. Ish, memang tak tahan...ambik peluang snap pictures laa, apa lagi. Dah pemandangan hijau nya memang cantik sangat. Ambik gambar kat tempat ombak rindu laa skali kan...heheheee...lepas tu pergi kedai teh Boh tu. Kat situ memang murah laa teh-teh dia...beli jugak laa teh kat situ...

Best!!

tu pon nama dia, Sungai Palas...heheheee...

suami isteri yang berlakon...

sebelum balik sempat ambik gambar kat ladang teh...

Memang best jugak pergi Cameron Highland ni walau dalam keadaan cuaca yang menghadkan masa perjalanan, anak-anak yang ceret-beret, anak buah selsema...tapi tetap best!!! abe Noor kata lain kali balik kampung boleh singgah sini beli sayur...masa pergi sana kami lalu Tapah, balik pulak ikut Simpang Pulai. Jauh sikit laa, tapi tak apa sebab tak sanggup nak lalu jalan ngeri lereng bukit ke Tapah tu, lagi pulak time hujan-hujan takut landslide pulak....tu je nak cerita...

Gambar-gambar semua diambil menggunakan Samsung Note S milik business man saya, kami belum ada DSLR lagi...not bad at all, right!!!  :)

-THE END-
"The Best is yet to be"

4 adorable people:

Connie said...

teringat pula kami pernah bermlm kat Cameron di villa berhantu, masa tu sya sya baru 2 bln, hehehe...

EdaManAli said...

ye ke, connie? bleh email kt peej.burhan tu...nnt dia publish kt blog dia, expose mistik...cer cite sni dulu...hehehee...

Connie said...

hihi.. idak le mistik sgt.. biase le bawak bdk baru habes pntang, mmg kena sampuk jwp nye.

Nak pulak tempat kitorng nginap tu (Villa Dahlia, Brinchang) dapat bilik tepi bukit.

Start senja je menangis non stop. huhu.. cerek air masa dtg tak bleh on, dah tgh mlm 12am++ tetiba denga air tu mengelegak.

Pagi plak, suriah kena himpit.. tapi takde ape² ler...

Pagi esok nye terus cabut. Tak tunggu 12pm pon.. muahahah...

ketikketok said...

Jom cuti-cuti unik Terapi Spa & Keluarga Mini Agro-Forestry Aromatherapy Village Cameron Highlands.

Loves around

Loves around
 

Copyright © 2010 SHINE bright like a DIAMOND | Blogger Templates by Splashy Templates | Free PSD Design by Amuki