Sunday, February 19, 2012

My 1st HandMade: Dari komputer ke mesin jahit

1st project kat kelas Epal dah berjaya saya siapkan, nak bagi gred berapa tak tahu laa...

OK, ni gambar sample yang Epal bagi...

ni pulak yang saya bikin...ada rupa tak? Aisyah dah chopp ni...adehhh...

Hmmm...dah siap satu boleh proceed dengan 2nd project pulak. Every month akan ada 2 projects. Boleh pilih nak buat yang mana dulu. Diorang kata yang ni senang, so saya pilih buat yang ni dulu lah. Beli bahan-bahan pon kat Epal centre ni jugak. Setiap project pon macam tu. Cara Epal buat duit. Kalau project yang agak complicated sikit mahal laa harga dia. Bahan-bahan untuk setiap project dah di pack kan dalam plastik, ngam-ngam untuk siapkan project tu je, tak ada yang lebih atau kurang. Kalau lebih pon sikit je laa, extra kain diorang suruh simpan untuk buat patchwork next time.

Yang saya buat ni nampak laa rupa dia, tapi jahitan tak lah se-excellent mana, boleh laa. Saya dah lama tak menjahit. Saya masih tak puas hati dengan hasil tangan saya ni. Tak apa, 1st try kan...Esok pergi kelas boleh mula dengan project baru pulak.

Kat kelas diorang tak lah 'suap' kita sepenuhnya. Pergi kelas kita akan jumpa mungkin pelajar yang sama atau mungkin tak. Sebab kelas tu kan flexible, any day at anytime kami boleh pergi. Tu yang saya suka tu. Dah beli materials untuk buat project semua, terus mula buat. Buat laa sendiri. Buku nota, ada Epal bagi masa beli mesin tu, lengkap 24 projects. Kat dalam paket materials tu pon ada jugak note macam mana nak buat. Bila ada masalah atau kemusykilan baru panggil cikgu. Cikgu ada dalam 3-4 orang. Semua baya adik-adik saya, dalam awal 20-an gitu. Diorang memang mahir menjahit, terlatih...yelah, kalau tak, tak kan boleh jadi cikgu kelas tu pulak kan. Biasanya part yang susah nak buat bawak laa pergi kelas untuk mintak tunjuk ajar. Yang senang-senang boleh buat kat rumah, kalau dah ada mesin laa...sebab ada jugak yang belajar tapi mesin belum habis bayar...peralatan macam mesin tu kalau rasa nak pakai yang sendiri punya boleh bawak, kalau tak pakai je Epal punya. Tapi komponen pada mesin macam tapak jahit, jarum, skochi, bobin kena bawak sendiri. Kalau lupa bawak boleh pinjam dengan cikgu kat situ. Benda-benda macam tu tak disediakan di setiap mesin jahit, sebab pernah ada orang curi benda-benda tu semua. Peralatan lain kalau tak ada boleh beli dekat Epal tu. Tapi saya rasa Epal jual peralatan agak mahal, macam pengukur ke, mahal dari kedai luar...saya rasa laa. Kalau jenis yang payah nak cari kat luar tu boleh laa beli kat situ...kalau tak, beli kat luar je lah...Diorang memang suka buat duit, bayangkan baru 2 minggu saya belajar, diorang suruh beli mesin sulam diorang yang canggih tu. Kan saya baru je beli mesin multi-purpose tu, sulam pon boleh buat cuma manual laa...yang diorang suruh beli ni yang berkomputer punya. Ada touch screen, tekan-tekan je mesin tu akan jahit sendiri...kalau nak sulam kebaya ke, kain sembahyang ke, logo kat baju ke, name tag sekolah ke, potrait pon boleh...memang canggih. Tapi tak logik laa saya baru belajar diorang suruh beli yang tu pulak, dengan mesin yang ni pon belum tau future saya macam mana kan...huh!!!

Untuk 1st project ni banyak jugak yang saya dah belajar. Nak buat reben kat bakul serbaguna tu pon saya dah pandai buat. Tu kena jahit sendiri, sama laa macam tali pemegang bakul tu. Senang je sebenarnya nak buat tu bila dah belajar. Macam reben halus tu saya pernah tengok ummi saya buat masa kecik-kecik dulu. Yang herannya mana laa ummi belajar semua tu, ummi tak pernah ambik kelas jahit pon, internet pon tak ada zaman tu, buku pon payah nak beli...belajar dengan nenek kot, sebab nenek pon pandai jahit, lagi hebat...sebab bila nak jahit baju kebaya, dia ukur pakai jari dia, jengkal-jengkal macam tu je. Hebatnya orang dulu-dulu...zaman sekarang ni semua benda kemahiran nak kena ada tools baru boleh buat. Macam adik saya, nak repair lampu kalau tak ada tool box dia yang lengkap dengan segala macam tools tu tak boleh nak buat dah laa kerja tu...huh!! uiksss...meleret pulak saya...STOP!

ni gadget baru saya...mmuaahhh, sayang kamu laju-laju...

My work station...dulu ni meja komputer Iman, komputer dah kena rembat dek abe Noor, bawak pergi office dia. So, sekarang dah jadi station saya laa pulak...belum habis kemas tu...

ni pulak mesin jahit introducer saya, iaitu ummi saya punya...dekat 10 tahun dah kot umur mesin ni, masih elok, sayang...kalau ummi masih active membership dia masa saya jadi member hari tu, Epal boleh bagi komisyen, dekat RM200 jugak laa...so, kalau sesiapa rasa nak beli mesin jahit mcam saya tu, jangan lupa mention nama saya...ahaksss...kalau uols kerja pon boleh belajar jahit ni, masa weekend pon dibuka, kecuali hari cuti umum je...

OK tu je sharing saya hari ni...kalau uols berminat, boleh visit ni...
http://www.epal.com.my/
nak beli peralatan dan bahan dari Epal online di sini
http://epalstore.blogspot.com/

Konklusinya, setakat ni memang bagus belajar kat sini, Epal centre pon dah banyak sekarang, pilih laa yang dekat dengan uols kalau minat nak belajar laa...

blog I read, which inspire me much:
http://my.crazyartzone.com/
http://www.danamadeit.com/tutorials
http://sewlove.blogspot.com/

-THE END-
"The Best is yet to be"

2 adorable people:

-gedek! said...

rindu dengan mesen jahit yg pulas dengan dengan tu...

haha

EdaManAli said...

Pakcik Gedek: hahahaa...yg pulas ngn tgn tu xde kat umah saya, yg goyang ngn kaki ade laa, tp xpakai dh...wat brg antique...

Loves around

Loves around
 

Copyright © 2010 SHINE bright like a DIAMOND | Blogger Templates by Splashy Templates | Free PSD Design by Amuki