4
adorable people

Wednesday, May 30, 2012

OK, yang ni pesen lain ye...

Cerita gown...sebelum-sebelum ni saya jahit gown yang 1 body terus ngan skirt dia kan. Kali ni saya try yang body cantum ngan skirt pulak. Pattern daripada Epal, dapat free skali ngan buku-buku tutorial Epal. Kain ni dah lama beli, kat Jakel, jenis velvet. Tapi sebab confident level agak low untuk buat gown pesen ni, maka terbengkalai laa sekejap. Hari ni dapat siapkan atas alasan nak pakaikan Aisyah untuk kenduri this coming weekend. So, baru laa nak bertungkus lumus ye...

Simple je, malas dah nak PK nak decorate gown ni

Belakang. Owh lupe nak announce, Aisyah dah potong rambut, tu new hair cut laa tu...

Ni je hiasan nya...cloth button ni saya sendiri buat...

kerana gown ni saya dah pandai jahit lubang butang, jahit butang tu kacang je kan...

ni laa tools untuk buat cloth cover button tu...mesti ada cap & backing ye...tool ni saya beli online, dalam RM17 lebih je, cap & backing tu pon beli darpada orang yang sama...https://www.facebook.com/edinascraft

ini adalah kain-kain yang menanti untuk dijadikan gown & maxi Aisyah, insyaAllah raya ni tak perlu beli gown dah, sendiri bikin je lah...

-THE END-
"The Best is yet to be"
0
adorable people

Saturday, May 26, 2012

Dia 5

Entry malas...plus busy kan merewang...

Iman is already 5 now...how fast time flies...he's getting bigger & taller, I'm getting older, both of us getting wiser, insyaAllah...

the celebration

the guests...I choose the curly one, cute!!!

with his joy & happiness...smile laa dik...

his simple cake but quite pricey...

with his present, fishes & aquarium...for him to learn to be a responsible person...no more toys, i hate to see your toys scattered everywhere inside the house...you're a big boy now...

-THE END-
"The Best is yet to be"
1 adorable people

Friday, May 18, 2012

Wallet pulak lagi...

Adik bongsu si Ilham Farhana suruh saya jahit wallet ni. Katanya ada kawan-kawan yang nak...a few weeks ago saya kirimkan wallet & clutch yang saya jahit untuk dia...kawan-kawan dia berkenan katanya. Makanya akan pos laju lah esok wallet-wallet sekalian...






Masih berguru dengan tutorial di internet...projek seterusnya, gown dan maxi Raya untuk anak comeii saya, عاءشة حميراء
Semoga ada masa dan kelapangan, kesihatan & berhasil dengan baik dan cantik!!

-THE END-
"The Best is yet to be"
0
adorable people

Sunday, May 13, 2012

Membantulah sedaya kamu...

Assalam 'alaikum

First time jahit cotton mask ni...tak lah sesusah mana...itu pon bila ada yang amat memerlukannya...Alhamdulillah, dapat siapkan walaupon ada sikit-sikit yang tak berapa indah here & there...dan Alhamdulillah, hari ni dapat SMS daripada yang memerlukan tu, cotton mask ni dah selamat sampai ke tangan mereka...

ini Akid...nama penuh dia pon saya belum tau lagi. Ni anak kawan masa belajar di MRSM Kuala Berang/Q-Ber(nama glamer). Saya tak sekelas dengan kawan ni, dan kami sebenarnya tak rapat pon. Tapi saling mengenali...dan masih mengingati dia. Sangat sedih sebenarnya dapat tahu orang yang kita kenal walaupon tak rapat ditimpa dugaan hebat, anak kecik dia disahkan menghidapi leukimia...kalau boleh nak sebut penyakit tu pon tak nak...anak yang comel ni lah yang memerlukan cotton mask tu...Semoga Allah menyembuhkan Akid seperti sediakala...semoga Allah juga memberikan kesihatan yang baik kepada anak-anak kita semua. Doa kan Akid ye, UOLs...

Bantulah saudara kamu dengan apa sahaja yang kamu ada, kerana segala kurniaan Allah kepada kita, bukanlah milik kita seorang sahaja...bahagikan nikmat dan kurniaan itu kepada yang memerlukan...Semoga Allah memberi rahmah & rahim Nya kepada kita...

-THE END-
"The Best is yet to be"

Loves around

Loves around
 

Copyright © 2010 SHINE bright like a DIAMOND | Blogger Templates by Splashy Templates | Free PSD Design by Amuki