2
adorable people

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Al-Mubarak again!! :)

Esok 1 Ramadhan...bulan yang kita semua tunggu...saya & Aisyah dah siap-siap cuci telekung...semangat nak sambut Ramadhan, hopefully tahun ni dapat pergi masjid solat Tarawih...sekali dua pon jadilah. Hajat yang tertunggak bertahun-tahun dah...malam ni & malam berikutnya kena prepare awal-awal untuk tarawih. InsyaAllah bila ada niat, Allah berikan jalan. Walaupon solat Tarawih adalah sunat, tapi sebab setahun sekali je kan...entah next year jumpa lagi ke tidak...

Tadi dah ke pasar pagi, beli lauk basah untuk masak juadah buka puasa nanti. Ramai orang hari ni. Benda lain tak runsing bulan Ramadhan ni, saya cuma runsing hilang idea nak masak apa. Bukan ingat pasal makan je, tapi kita sebagai isteri & ibu mesti nak masak masakan yang membuka selera & sedap kan. Ibadah jugak tu, besar pahalanya...

Semalam dah kemas the whole house. Hari ni nak settlekan apa-apa lagi kerja rumah yang terbengkalai selama ni. Hopefully masa Ramadhan ni dah kurang fikir pasal kerja yang belum settle, kurang buat kerja, banyakkan masa free, tapi bukan untuk simpan tenaga takut letih puasa, tapi untuk banyakkan masa tadarrus Al-Quran. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sudah...Allah beri saya peluang, saya mesti takkan sia-siakan...

Baju raya kami semua pon dah settle, berminggu-minggu sebelum raya. Tinggal kasut-masut je lagi. Tu pon untuk kurangkan fikir & busy-busy pasal raya...cuma nak menjahit sikit je lagi...

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
dan IBADAH-IBADAH LAIN
kepada semua yang pernah jenguk blog saya...
kepada yang pernah terasa, atau terkecil hati atau apa-apa saja, saya mohon maaf yang tak terhingga...halalkan juga segala-galanya...
ikhlas dari hati sanubari saya...

-THE END-
"The Best is yet to be"
2
adorable people

Wednesday, July 18, 2012

Celik Momz

Sabtu lepas saya sangat happy...dah lama tak hadiri majlis ilmu, majlis motivasi...semalam saya pergi sini...


All sponsored by my husband, abe Noor...tq abg...kat Auditorium JAKIM, Putrajaya...so, saya berkampung di JAKIM dari jam 9am - 5pm Sabtu tu.

OK, ini baju dress boleh jugak dipanggil jubah yang kembang...saya blom pregnant lagi...huhuhuuuu...(dan saya gumuk!!!)

Cerita sikit pasal saya. Saya ibu yang cepat risau, mudah stress...mula jadi sangat stress sejak ada anak-anak. Masalah saya adalah pada diri saya yang tak pandai nak kawal emosi, tak pandai nak manage stress...stress sebab anak-anak yang sangat kuat throw tantrum, meragam dan sebagainya. Bukan salah anak-anak, itu datang daripada Allah, bila datang dari DIA, semua adalah yang baik sahaja, yang turn jadi tak baik daripada diri kita sendiri. Kita yang tak memandang itu sebagai sesuatu yang baik...

Saya banyak kali tangok banner ni di fan page FB As-Sohwah, milik Prof. Dr. Muhaya. Tapi tak tergerak hati nak join. Sebab rasa macam mahal je, mau tak mahal...by Prof Dr. Muhaya niiii... One fine morning, saya bukak FB kat phone saya, nampak status Prof, inform dia keluar TV dalam rancangan Assalamu'alaikum di TV Al-Hijrah, jam 8.30am, topik Ibu Bahagia & Membahagiakan. SO, saya & abe Noor tercongok depan TV, tunggu Prof. Dalam tu dia promote lagi program Celik Momz ni. Abe Noor pon suruh pergi. Bila fikir-fikir balik, beli branded handbag boleh, nak bayar untuk ilmu perbaik diri payah pulak. Why not kan, so saya mintak abe Noor call pihak pengurusan program tu. Boleh register & pay online tapi kalau nak murah, ada promosi kat pesta buku Karangkraf di SACC Convention Center, S.Alam. So, kami cepat-cepat keluar ke sana, dapat off RM20, Alhamdulillah...tak sabar nak pergi...

Pergi abe Noor hantar...anak-anak tinggal kat rumah, blom bangun pon jam 7.30am masa kami keluar tu. Adik saya ada kat rumah kami, mintak dia tolong tengok-tengokkan anak-anak. Bukan senang nak pergi mana-mana tinggal anak-anak...sangat jarang sekali, selalu ke mana-mana mesti bawak diorang sama. Sampai sana, register ikut alphabet nama masing-masing, dapat handout, pen, dan segala yang perlu masa program tu...saya tak berteman, tak ada sapa-sapa pon yang saya kenal kat situ. Tak apa, saya dah biasa macam tu...dalam hati niat untuk perbaik diri demi anak-anak. Anak-anak je dalam mata dan fikiran saya.

Masuk auditorium, sempat beli buku Prof 2 buah...Celik Mata Hati & Bahagia dan Membahagiakan...penulisan pendek-pendek je, buku tak tebal. Harap tak mudah menguap bila baca. Lepas tu ambik tempat. At start, MC mula perkenal diri...Dr.Athiah...seorang doktor perubatan, tapi sekarang jadi pakar neurology & linguistic, tentang human behavior, body languange, karakter manusia dll. Dialah anak ke-2 Prof, sangat soft spoken, suara lembut halus je. MC pon bagitahu nak jemput Sharifah Khasiff perdengrkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim, secara bertarnnum. Hati saya jadi teruja at the same time rasa  sayu...the moment she came out on stage, air mata saya bergenang...saya sangat3X suka tarannum, & saya minat Sharifah Khasiff...tak tau macam mana nak gambar perasaan saya. Bila dia mula baca, air mata saya berlinang...sebelum ni saya tengok orang tarannum dalam TV je, sekarang ni live, Sharifah Khasiff pulak tu!!! malu ngan jiran sebelah, tisu tak ada, tudung pon boleh, lap sikit yang meleleh tu...subhanallah...seronok sangat!!!

Camera hset yang tak cun, macam ni lah kualitinya...owh, itulah Sharifah Khasiff that I told you earlier...luank dan best suara dia...

Lepas tu bacaan doa, mohon majlis diberkati...malaikat-malaikat turun bersama-sama hadir dalam majlis ilmu. Soon after, Prof yang ditunggu-tunggu muncul on stage. Manis, senyum xpernah lekang...yang paling suka tengok, jubah moden Prof, sangat cantik!!! kaler purple!!! Kena je ngan dia, memag cantik. Prof sangat best, program santai je ngan anak dia. Lepas tu nampak Nora & suami dia masuk, Nora penyanyi tu, jemputan khas Prof rupanya...pon cantik jugaaa...eh, lupa nak cerita...peserta memang ramai, penuh auditorium yang besar tu, dari JB ada, Kelantan ada, mana-mana je lah...Indian mom pon ada sorang datang...sambutan hangat...program berjalan dengan tenang & smooth je...rileks, tak ada stress. Kata Prof, masa dia nak keluar dari rumah dia, dia doakan semua peserta yang hadir ni, akan jadi ibu yang baik & solehah lepas program ni. Aura positif & kasih sayang Prof bagi dari hati yang ikhlas tu kot, kita boleh rasa, rasa tenang gitu. Prof pandai buat lawak, memang terhibur & tak mengantuk. Setiap masa, mesti ingatkan kita untuk positif, segala apa yang kita buat tujuannya kerana Allah, beri kasih sayang pada semua di sekeliling kita, sangka baik pada Allah & sesama kita...itu banyak ditekankan...program sangat enjoyable, tak ada guna konsep halaqaah sentuhan qalbu tu, tapi banyak kali jugak hati saya tersentuh dan bergenang air mata sepanjang program. Mungkin rasa kesal bila kena batang hidung, rasa banyak yang perlu perbaiki...

Prof Muhaya dengan anaknya, Dr.Athiah...

Lepas Zuhur, Prof tukar kaler orange pulak...cantik!!!

Dr.Athiah bagi ilmu macam mana nak communicate ngan anak. Sesekali Prof menyampuk & back up. Memang sangat santai...Dr.Athiah tu memang lembut sangat lahh...suka tangok...oh ye, Mom-mom ada jugak yang bawak baby. Tapi mungkin majlis ni dapat barakah Allah, baby-baby semua tak meragam, tak ganggu program pon. Dr.Athiah pon bawak baby dia jugak, siap dukung bawak atas stage lagi. Lepas lunch & Zuhur, sambung lagi slot dengan Prof. Lepas tu Prof jemput Yatt pelakon & Farah yang nyanyi lagu 'Bagaikan Puteri' tu, ingat tak dulu...dah pakai tudung labuh dia, Alhamdulillah. Ini adalah sesi perkongsian penghijrahan artis ke arah redha Allah. Yatt mula cerita kisah dia, macam yang kita tau baca dalam paper. Farah pulak mula bila dia belajar tafsir Al-Quran...sejak tu dia kembali semula ke life dia yang asal, ayah dia imam...dia dapat semua didikan agama, tapi sebab nak menyanyi sangat, dia punya desire dah tutup mata hati dia. Alhamdulillah dah 12 tahun berubah. Sekarang ada business muslimah apparel...Yatt pulak sangat kelakar, cara cakap dia, memang kelakar. Tapi still bagi sharing yang bermanfaat, memang bila dia bercakap, dia tak control ayu, memang kita akan tahu itu lah diri dia. Dah kahwin & ada anak, tapi macam muda remaja lagi...saya sukaaa!!! Owh, tak sempat ambik gambar diorang sebab khusyuk sangat dengar perkongsian diorang...

Lepas tu sesi soal jawab...ramai jugak bertanya. Tapi paling kagum dan meleleh air mata saya (ishh...asyik meleleh je, tapi orang lain pon ada jugak yang macam saya, btolll!!!) seorang ibu beranak 3, datang dari Johor. Ibu yang telah diceraikan talak 3, dengan anak bongsu yang 'istimewa'...ibu ini berhenti kerja sebab anak bongsunya. Memang lepas diceraikan dia tak ada sumber pendapatan. Dia cuma berserah hidup dan mati dia bersama anak-anak pada Allah. Tak lama lepas tu dia mula mengajar Al-Quran. Saja isi masa kata dia. Lama kelamaan makin ramai yang jadi student dia, sampaikan nak masak untuk anak-anak pon tak sempat. Start 9am sampai 10pm, mengajar...Tapi Allah tu maha Pemurah, student yang datang belajar hari-hari bawak makanan, sarapan, lunch...kata kakak tu makanan untuk 2 minggu ke depan pon dah tersedia dalam peti ais kat rumah dia. Berkat pergantungan sepenuhnya pada Allah, dan berkhidmat seikhlas hati mengajar orang lain mengaji. Dan yang paling hebatnya balasan Allah, katanya bekas suaminya jadi sayang pada dia, makan minum dia dan anak-anak sekarang dah terjaga, keperluan-keperluan dia dan anak-anak jugak dipenuhi...kuasa Allah kan...sedih cerita kakak tu...tabah btol dia...

gambar beramai-ramai lepas tamat program...

Lepas sesi soal-jawab, maka tamat lah program Celik Momz...rasa tak nak balik. Prof jemput semua bergambar...ikut group. Tapi tak berkesempatan laa, pasal abe Noor nak bersiap pegi dinner Takaful Ikhlas pulak, kat KLCC. This year saya tak pegi, malas nak make-up2...lagi pon kesian kat anak-anak, dah laa kena tinggal siang hari, malam pon tak kan nak tinggal lagi...tu je lahh cerita keterujaan saya di Celik Momz. Bulan Oktober saya dah booking abe Noor, nak serta program Bahagia dan Membahagiakan untuk suami isteri. Mesti best!!! tak sabar...

-THE END-
"The Best is yet to be"
3
adorable people

Friday, July 13, 2012

Why on earth...???

Hari ni sakit kepala
Resdung datang lagi...(macam Tora datang lagi)
Lepas tu nangis sorang-sorang depan notebook
Terkecil hati
Kenapa selalu berkasar
Kenapa selalu bersangka buruk
Kenapa tak cuba menyenangkan
Kenapa sentiasa nampak buruk
Kenapa, kenapa dan kenapa...
Apa yang tak kena agaknya???
Pelikkan, xjumpa orang pon masih terkecil hati dengan orang
Dunia dah luas tanpa sempadan
Tak bukak dunia ni rasa nak bukak
Bila bukak ada je hari-hari yang bukan 'sunny day'
Kalau tak suka, just leave me alone...
Kalau benci jangan pura-pura care...
Just, just leave me alone...Okay...better that way...please, I'm begging you...
Untuk hidup yang bahagia, cubalah bahagiakan orang lain, walaupon yang mampu hanya dengan kata-kata...

En.Blog tempat mengadu sekarang!!
Jom recite suratul-Kahfi, mudah-mudahan boleh hilang sedih...lagipon hari ni kan Jumaat..  :)

-THE END-
"The Best is yet to be"
3
adorable people

Saturday, July 07, 2012

Streptococcus Infections Vs. Measles

Jumaat lepas Aisyah mula demam...menangis saja di school. Esoknya saya mula sakit-sakit badan...sakit yang lain macam, menggigit-gigit gitu. Maka bermula laa episod sakit, the girls in the house setelah berseronok cuti-cuti di Sabah...tu nanti later on akan cerita...tp macam malas...owh, boys tak sakit, sebab tu girls in the house je...

Dah lama saya tak jatuh sakit, serius...selepas kene denggi 5 tahun yang lalu, jarang dah sakit-sakit demam tu. Sakit resdung ada & sakit gusi, tu puncanya sebab makan tak jaga ye...kali ni agak bad jugak laa, terbaring je atas katil, tak larat nak buat apa-apa...rumah bersepah-sepah tak tahan mata menengoknya...tapi tak berdaya, terpaksa biarkan. Satu hari anak-anak tak ke sekolah sebab saya tak mampu nak hantar. Aisyah pulak demam on & off...makan ubat baik laa sekejap, habis ubat dalam badan, suhu naik balik. Risau jugak sebab demam ni pon bahaya, tambah-tambah zaman sekarang ni...dua hari lepas tu, bawak Aisyah gi klinik bila Aisyah mula batuk-batuk pulak. Mata dia pon merah & bengkak. Doktor kata ada setengah budak bila suhu badan tinggi, mata akan merah lah...Haa, doktor Thurai nama doktor tu, Klinik An-Nisa'...tempat check-up pregnancy saya sepanjang zaman, heheheeee...kalau pregnant lagi, akan ke situ lagi kahh??? 

OK, saya cuma dua hari terbaring, lepas dah rasa OK sikit, mula berperanan sebagai surirumah balik...Aisyah masih on & off...hari Rabu berikutnya, awal pagi tu keluar bintik-bintik gatal kat badan Aisyah...(dah dia tergaru-garu, gatal laa tu kann). Saya dah en.Somi syak Aisyah kene measles...so, bawak gi klinik An-Nisa' lagi...kali ni Dr.Roslin, my favourite doctor...kata Dr. Aisyah bukan kena measles, tapi streptococcus infection, jangkitan sejenis bakteria. Cuma perlu makan ubat demam, paracetamol & ibuprofen selang-seli setiap 4 jam. Antibiotik pon kena teruskan. Kalau demam tak kebah-kebah kena bawak pergi hospital laa, dia siap bagi refer letter lagi. Esoknya demam Aisyah dah kurang, tapi red spots tu makin banyak. Kami makin risau, kot laa bakteria tu makin banyak dalam badan Aisyah ke, tapi setahu saya, kalau badan kita diserang bakteria @ virus, suhu badan akan meningkat, demam laa kan. So, dah tak tau apa nak buat, call my big sister, kak Ngah...kak Ngah kata tak perlu bawak gi hospital, demam dah kurang, emergency dept tak layan sangat, nanti letih menunggu. Bawak gi specialist, dapatkan pengesahan sakit apa. Kami pon ikut cakap kak Ngah, bawak Aisyah gi klinik Pakar Adek Seksyen 9 Shah Alam. Ingat dulu pernah bawak Iman masa dia baby kat situ. Sebab mata Iman sejak lahir sampai dah berbulan-bulan asyik berak je...Alhamdulillah lepas jumpa doktor pakar tu, dah tak ada dah penyakit berak-berak mata Iman.

Bila jumpa doktor pakar pulak, doktor tu kata Aisyah memang kena measles, sebab kalau streptococcus infection, lidah akan merah sangat macam strawberry, walaupon badan adalah sama akan ada red spots, tapi red spots nya lain sikit. Kalau measles kami tak risau sangat sebab dah familiar dengan penyakit tu. Penyakit tu tak ada ubat sebab adalah jangkitan virus, badan Aisyah sendiri yang kena kerja lebih masa, melawan virus tu...


streptococcus infection...sumber, encik google...


measles...also from encik google...


Aisyah...

Sekarang Aisyah dah slowly recover, belum fully lagi tapi dah mula active & mengada-ngada!! Kulit jadi makin gelap, gatal-gatal tu nak baik, color dah tukar gelap sikit...kulit pon kering...tak apa, dik...insyaAllah nanti baik...kita sama-sama sabar...hopefully this coming Monday, you'll be able to join your friends at school...

-THE END-
"The Best is yet to be"

Loves around

Loves around
 

Copyright © 2010 SHINE bright like a DIAMOND | Blogger Templates by Splashy Templates | Free PSD Design by Amuki